Cari Blog Ini
Jujur aku cakap, aku bukannya seorang pendaki berpengalaman atau seorang pro dalam dunia hiking. aku pun masih baru berjinak-jinak dalam aktiviti ini. Macam korang juga! Blog ini bukan tempat untuk aku tunjuk hebat atau berlagak tahu semua benda, tapi lebih kepada satu ruang untuk aku simpan kenangan, berkongsi pengalaman, dan belajar bersama-sama dengan korang yang juga minat mendaki atau baru nak mula explore dunia outdoor.
Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bukan Hiking, Tapi Healing
Di mana ada tikar - Disitu kita lepak!
Assalammualaikum dan hai semua! Terima kasih bebanyak sebab korang masih lagi sudi singgah kat blog kecil aku ni. Untuk post kali ni, aku nak bawa korang lari kejap dari dunia hiking yang biasa aku cerita sebelum ni. Kali ni, kita turun ke gear santai sikit. Aku nak kongsi pasal trip perkelahan dan aktiviti bermalam yang aku join dengan geng-geng aku. Trip yang bagi aku, bukan saja seronok tapi penuh dengan kenangan yang aku rasa... takkan mungkin aku lupa sampai bila-bila.
Aku tulis semua ni sebagai kenangan. Bukan nak viral, cuma nak simpan cerita ni kat satu tempat. Kalau korang tengah baca ni, maknanya korang sebahagian dari cerita tu atau bakal jadi. Hehe. Ceh, gurau je! Kalau korang jenis suka layan cerita-cerita santai, kisah penuh moment dari awal sampai habis. Korang patut stay dalam post ni.
So, aku himpunkan semua destinasi trip lepak & healing aku dan rakan-rakan kat sini. Klik je nama tempat yang korang nak baca, aku dah letak link setiap kisah. Aku akan tulis satu-satu, ikut rentak memori. So, kalau lambat sikit update tu, harap bersabar ya. Hahaha!
Trip healing;
1. Sungai Lopo – Sejuk Airnya, Panas Ceritanya
“Trip yang mula dengan huru-hara, tapi ending dia? Memori yang akan jadi bahan cerita sampai tua.”
π Klik untuk ikut perjalanan penuh drama dan kejutan ni
2. Janda Baik Throwback: Kelas Kita, Cerita Kita, Vibe Kita
“Farewell? Lebih kepada chaos yang dirindukan”
π Klik untuk baca edisi paling santai
3. Pasir Puteh: Bukan Homestay, Tapi Campsite
“Trip lelaki, kalau senyap tu pelik”
π Klik untuk baca edisi camping tanpa skrip
4. Ali River Campsite : Kami Masuk Hutan Lepas Kerja
““Tak banyak rancang, cuma niat nak tenangkan kepala. Yang tinggal, cerita yang susah dilupakan.””
π Klik untuk ikut cerita camping spontan kami
LATEST! 5. Hot Spring Sungkai : Healing Versi Lelaki Lemau
“Tak hiking, tak camping. Cuma berendam air panas sambil ketawa sebab silap baca maps.”
π Klik untuk tengok macam mana trip santai ni jadi luar jangka
Sekali lagi, terima kasih sangat-sangat sebab sudi baca kisah aku yang mungkin nampak biasa je tapi bagi aku, trip ni luar biasa. Mungkin kisah aku ni taklah se-epik cerita pengembara luar negara, tapi kalau korang rasa cerita ni ada buat korang tersenyum sikit pun, aku dah cukup happy dah.
Kalau korang rasa berbaloi singgah kat sini, jemputlah follow blog Jalur Memori ni. Mana tahu, satu hari nanti cerita korang pulak yang aku akan tulis. Hehe. Apa pun, terima kasih sebab luangkan masa. Korang memang terbaik!
Assalamualaikum dan sampai kita jumpa dalam cerita seterusnya.
Catatan Popular
Kisah Di Balik Langkah: Aku Simpan Dalam Diri
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Ulasan
Catat Ulasan