Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Selamat Datang ke Jalur Memori – Blog Hiking & Adventure!".

  Assalamualaikum dan hai semua! Selamat datang ke Jalur Memori ! ๐ŸŽ‰✨ Hari ni, Jumaat yang penuh barakah, 28 Februari 2025, merupakan titik permulaan blog ini. Tempat di mana aku akan berkongsi pengalaman mendaki dan meneroka keindahan alam semula jadi! ๐ŸŒฟ.  Bayangkan setiap langkah di denai yang mencabar, angin sejuk yang menyapa di puncak, dan pemandangan luar biasa yang terbentang luas di depan mata. Semua tu bukan sekadar perjalanan, tapi kenangan yang tak ternilai. Dan aku tak sabar nak kongsi semua tu dengan korang!  Cuma, aku mungkin akan selitkan juga kenangan-kenangan kecil dalam hidup aku. Tak semestinya tentang hiking, tapi tetap bermakna dan dekat di hati. Kadang-kadang, moment paling sederhana pun boleh jadi kenangan paling indah. ๐ŸŒป Sama ada secawan kopi yang mengubat penat, perbualan spontan dengan seseorang, atau detik-detik yang buat kita senyum bila teringat. Semua tu aku nak simpan dan kongsikan di sini sebagai satu perjalanan yang penuh memori. Jom ...

Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan - Destinasi ketiga

 Bukit Batu Putih: Hiking Santai, View Mantap!

Kalau korang cari tempat hiking yang tak terlalu ekstrem tapi tetap bagi kepuasan maksimum, Bukit Batu Putih, Negeri Sembilan memang tempat yang wajib masuk dalam bucket list. Walaupun bukit ni tak tinggi mana (lebih kurang 285 meter dari paras laut), pemandangan dari puncaknya memang buat hati terpukau. Terletak dalam Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, trek dia cukup mesra beginner. Tak terlalu mencanak, tak terlalu landai. Yang paling best, lepas hiking boleh terus singgah pantai!



Trip Spontan, Tapi Memang Padu!

Plan ke Bukit Batu Putih ni boleh kata agak last minute, tapi peliknya, semua onz! Kali ni lebih menarik sebab ada rakan sekelas perempuan join sekali. confirm lebih havoc! Kami gerak awal pagi, dalam pukul 4, sebab nak kejar sunrise. Perjalanan ke sana makan masa lebih kurang sejam lebih, jadi sempat singgah solat Subuh di Masjid Telok Kemang sebelum mula mendaki.

    Sementara tunggu trek dibuka pukul 7 pagi, kami lepak depan pintu masuk sambil makan bekal ringan. Ada yang bawak dari rumah, ada yang last minute beli dekat petrol pam. biasalah, hiking ni kalau perut kosong memang tak best!




Pendakian: Trek Santai Tapi Ada ‘Twist’ di Penghujung

Mula-mula trek dia jalan tar dalam 200 meter, so rileks je. Lepas tu, masuk kawasan hutan, trek tanah biasa tapi tetap mesra newbie. Tak ada bahagian yang terlalu curam, jadi siapa yang baru first time hiking pun boleh enjoy tanpa rasa nak give up separuh jalan.

    Tapi… cabaran sebenar menanti di hujung! Nak sampai ke puncak betul-betul, korang kena panjat batu kapur yang agak curam. Masa ni la adrenalin naik sikit, terutama kalau gayat. Ada yang ambil masa panjang untuk kumpul keberanian, ada yang steady panjat macam Spiderman—yang penting, semua berjaya sampai ke atas!

Sampai je puncak—pergh, terus lupa semua penat! Laut luas terbentang, langit masih ada sisa warna oren sunrise, dan angin sejuk buat rasa malas nak turun. Nasib baik hari tu tak ramai orang, boleh lepak lama sambil bergambar sakan.




Pantai? Tak Plan, Tapi Berbaloi!

Lepas puas layan view, kami turun dan terus ke pantai berdekatan. Plan asal tak ada pun nak ke pantai, tapi alang-alang dah dekat, rugi kalau tak singgah. Air dia jernih gila, sejuk pulak tu!

Tapi malangnya, tak ada siapa expect nak main air, jadi semua tak bawa baju lebih. Nak terjun terus pun fikir dua tiga kali, last-last sekadar main air tepi pantai je. Pengajaran penting—next time, standby baju ekstra!

Masa makin suntuk, baru perasan—eh, ni hari Jumaat?! Panik kejap sebab nak kena rushing balik untuk solat Jumaat. Tak tahu macam mana boleh plan trip hari Jumaat, tapi syukur semua sempat sampai ke destinasi masing-masing tepat pada masanya.


Tips & Persediaan Untuk Hiking di Bukit Batu Putih

Kalau korang first time nak hiking sini, jangan buat silap macam kami yang main redah je. Ini beberapa benda penting yang korang kena bawa:

  •       Kasut hiking / sukan yang grip baik – Selipar? Jangan mimpi!
  •       Air minuman secukupnya – Cuaca boleh jadi panas, jangan sampai dehydrated.
  •       Snek ringan – Roti, energy bar, atau biskut untuk tenaga tambahan.
  •       Sarung tangan (optional) – Berguna masa panjat batu kapur di puncak.
  •       Topi & sunscreen – Penting kalau korang naik lewat pagi.
  •       Baju lebih & tuala kecil – Kalau nak terus ke pantai lepas hiking.
  •       Beg kecil untuk sampah – Jaga kebersihan, jangan buang sampah merata-rata.

Saranan Untuk Beginner

  1. Gerak awal pagi – Elak panas terik dan dapat view sunrise yang cantik.
  2.  Jangan gelojoh – Trek ni tak susah, tapi tetap kena ikut pace sendiri.
  3.  Datang dalam kumpulan – Lebih seronok dan lebih selamat!
  4. Jaga kebersihan & keselamatan – Jangan buang sampah merata dan berhati-hati masa panjat batu.
  5.  Pastikan fizikal sesuai – Kalau ada masalah lutut atau takut ketinggian, buat persediaan mental dan fizikal dulu.


Secara keseluruhannya, Bukit Batu Putih memang lokasi hiking yang berbaloi, terutama untuk beginner. Trek dia santai, view dia padu, dan ada bonus pantai yang cantik. Kalau korang dah pernah ke sini, kongsikan pengalaman korang di ruang komen. Mana tahu, ada tips lain yang boleh bantu pendaki seterusnya!





Ulasan

Catatan Popular