Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Selamat Datang ke Jalur Memori – Blog Hiking & Adventure!".

  Assalamualaikum dan hai semua! Selamat datang ke Jalur Memori ! ๐ŸŽ‰✨ Hari ni, Jumaat yang penuh barakah, 28 Februari 2025, merupakan titik permulaan blog ini. Tempat di mana aku akan berkongsi pengalaman mendaki dan meneroka keindahan alam semula jadi! ๐ŸŒฟ.  Bayangkan setiap langkah di denai yang mencabar, angin sejuk yang menyapa di puncak, dan pemandangan luar biasa yang terbentang luas di depan mata. Semua tu bukan sekadar perjalanan, tapi kenangan yang tak ternilai. Dan aku tak sabar nak kongsi semua tu dengan korang!  Cuma, aku mungkin akan selitkan juga kenangan-kenangan kecil dalam hidup aku. Tak semestinya tentang hiking, tapi tetap bermakna dan dekat di hati. Kadang-kadang, moment paling sederhana pun boleh jadi kenangan paling indah. ๐ŸŒป Sama ada secawan kopi yang mengubat penat, perbualan spontan dengan seseorang, atau detik-detik yang buat kita senyum bila teringat. Semua tu aku nak simpan dan kongsikan di sini sebagai satu perjalanan yang penuh memori. Jom ...

Bukit Cherakah, Puncak Alam - Destinasi keempat

Bukit Cherakah, Puncak Alam – Dulu Lawa, Sekarang Gersang?

Siapa yang pernah dengar tentang Bukit Cherakah dekat Puncak Alam? Kalau search Google, memang itu nama asalnya, tapi entah macam mana orang lebih suka panggil Bukit Botak. Kenapa botak? Siapa yang botak? Hahaha! So, destinasi kalini kita akan explore bukit botak ni. Let’s jom!

Rupa-rupanya, memang ada sebab tempat ni dipanggil macam tu. Dulu katanya view dekat sini lawa gila, penuh dengan pokok hijau, trek mendaki yang menarik, dan kawasan puncak yang cantik. Tapi sekarang, puncaknya dah kena tarah. Bila kena tarah? Aku pun tak pasti sebab aku baru je first time naik sini. Tapi bila sampai atas, baru faham kenapa orang panggil dia botak. Memang kosong, tak banyak pokok, dan kalau datang lambat panas dia macam tengah berdiri atas jalan tar tengah hari buta.


Bukit Botak Ni Apa Yang Ada?

Bukit ni sesuai untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dengan hiking atau yang sekadar nak briskwalk santai. Trek dia tak ekstrem, naik pun kejap je, tapi tetap boleh buat peluh mencurah-curah.

Apa yang menarik pasal Bukit Botak?

  • Trek santai & tak susah – Sesuai untuk beginner atau sesiapa yang malas nak mendaki jauh.
  • View terbuka & luas – Boleh nampak pemandangan sekitar Puncak Alam.
  • Boleh tengok sunrise & sunset – Kalau datang awal pagi atau lewat petang, memang lawa gila view dia.
  • Dekat & senang akses – Tak perlu masuk hutan jauh-jauh, parking pun senang cari.

TAPI… jangan pergi lambat sangat. Bila matahari dah tinggi, tempat ni jadi macam oven. Panas dia memang tak ada belas kasihan sebab tak ada pokok besar nak lindung kepala korang.


Briskwalk Random Yang Jadi Morning Hike

Plan asal kitorang sekadar briskwalk pagi-pagi. Hirup udara segar, jalan-jalan santai. Tapi tiba-tiba berubah jadi hiking santai pulak.

Macam biasa aku dengan geng yang join first hike sekali tu memang ada plan nak hiking untuk masa terdekat. Kalini ada seorang lagi ‘mangsa keadaan’ yang terpaksa ikut. Nampak gaya macam baru bangun tidur, muka blur, jalan pun seret kaki. Tapi sebab nak create memori dengan kitorang, dia redah je. Respect!

Outfit? Memang zero preparation. Nampak macam nak keluar beli nasi lemak je. Bekalan? Hanya berbekalkan air mineral dan roti gardenia. Mujur trek dia tak panjang sangat. Perjalanan pun tak terlalu susah, cuma bila sampai satu kawasan yang rata barulah betul-betul nampak kenapa nama dia Bukit Botak. Memang clear, lapang, dan panas berdenting!

Kalau korang datang pukul 10 pagi ke atas, bersedialah untuk jadi ayam panggang semulajadi. Matahari Malaysia ni bukan main-main, dia bagi habis-habisan.

Tips Untuk Yang Nak Try Bukit Botak

Kalau korang berada dekat kawasan Puncak Alam, dan nak try hiking ringan tanpa komitmen berat, boleh la datang sini. Tapi ada beberapa benda yang korang kena ingat:

  • Datang awal pagi atau petang – Kalau boleh sebelum pukul 8 pagi atau lepas pukul 5 petang.
  • Pakai pakaian yang sesuai – Kalau tak nak masak stim kat atas bukit tu, pakailah baju yang serap peluh.
  • Bawa air secukupnya – Percayalah, korang akan haus lebih cepat dari biasa.
  • Jangan lupa sunscreen & topi – Kalau tak nak muka rentung sebelah, sila pakai sunscreen.
  • Bawa kamera atau phone dengan bateri penuhSunrise & sunset sini lawa nak mampus!


Akhir kalam – Bukit Botak, Tak Susah Tapi Jangan Datang Lambat!

Trip ni memang relax gila. Tak ada trek yang mencabar, tak ada yang tersadai kepenatan, cuma kena tahan panas kalau datang lambat. Kalau korang jenis nak try hiking ringan sambil ambil angin, tempat ni boleh masuk dalam list.

Okay geng, itu sahaja trip random hiking kitorang kali ni. Walaupun tempat ni dah tak seindah dulu, tapi tetap best untuk santai-santai. Kalau korang pernah hiking kat Bukit Botak ni, jangan malu-malu share pengalaman atau cerita korang kat ruang komen.

 

Next trip ke mana pulak? Stay tuned! Beyeh!




Ulasan

Catatan Popular