Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Selamat Datang ke Jalur Memori – Blog Hiking & Adventure!".

  Assalamualaikum dan hai semua! Selamat datang ke Jalur Memori ! πŸŽ‰✨ Hari ni, Jumaat yang penuh barakah, 28 Februari 2025, merupakan titik permulaan blog ini. Tempat di mana aku akan berkongsi pengalaman mendaki dan meneroka keindahan alam semula jadi! 🌿.  Bayangkan setiap langkah di denai yang mencabar, angin sejuk yang menyapa di puncak, dan pemandangan luar biasa yang terbentang luas di depan mata. Semua tu bukan sekadar perjalanan, tapi kenangan yang tak ternilai. Dan aku tak sabar nak kongsi semua tu dengan korang!  Cuma, aku mungkin akan selitkan juga kenangan-kenangan kecil dalam hidup aku. Tak semestinya tentang hiking, tapi tetap bermakna dan dekat di hati. Kadang-kadang, moment paling sederhana pun boleh jadi kenangan paling indah. 🌻 Sama ada secawan kopi yang mengubat penat, perbualan spontan dengan seseorang, atau detik-detik yang buat kita senyum bila teringat. Semua tu aku nak simpan dan kongsikan di sini sebagai satu perjalanan yang penuh memori. Jom ...

Pasir Puteh Campsite – Pengalaman Camping Geng Sekolah

Assalamualaikum dan hai semua!

Seperti biasa, sebelum aku mulakan cerita. kita setkan dulu timeline. Trip ni kami buat pada bulan Ogos 2023. Destinasi untuk kali ini: Kalumpang! Ada yang pernah dengar? Ada yang blur? Tak apa, sini aku borak sikit dengan geng yang tak tahu dulu.

Kalumpang ni sebuah kawasan nature yang damai, sejuk, dan banyak port sungai best. Dan untuk trip kami, tempat bermalam pilihan ialah Pasir Puteh Campsite, sebuah tapak perkhemahan yang betul-betul tepi sungai. Nak cari? Senang, search je “Pasir Puteh Campsite Kalumpang” dekat media sosial. Aku juga sediakan link nanti supaya korang tak tercari-cari macam cari jod… eh tempat campsite.

Apa Ada di Pasir Puteh Campsite, Kalumpang?

Pasir Puteh Campsite ni terletak dekat kawasan Kalumpang, Selangor. Yang bestnya:

  • Ada sungai yang sejuk betul-betul depan campsite
  • Tapak khemah luas & banyak port strategik
  • Ada jambatan untuk budak-budak suka terjun (dan orang besar yang hati budak)
  • Suasana sunyi-tenang, especially kalau datang hari bekerja
  • Ada toilet, surau kecil, tempat basuh BBQ, port bakar-bakar, semua cukup

Senang cerita, tempat ni memang sesuai untuk geng lelaki yang nak healing sambil buat perangai kelakar masing-masing.

Intro cukup, jom masuk ke cerita sebenar! 

Trip kalini bukan tidur homestay ye… kita camping guys!
Sebab majoriti geng yang join kali ni semuanya kaum adam. Tak thrill la tidur bilik siap aircond kan? Kalau dah lelaki, wajiblah tidur tempat yang kena redah nyamuk sikit baru rasa adventure.

Trip ni memang pure camping. Pasang khemah, mandi sungai, bakar-bakar, tidur dengar bunyi cengkerik. Yang join pula kebanyakan kawan sekolah menengah aku dulu, ada juga kawan diploma si sahabat aku. Pendek kata, geng yang dah lama tak jumpa, tapi sekali berkumpul riuh dia tak berubah.

Macam mana trip ni bermula?

Jawapannya: random.
Dan lagi sekali… pernah ke trip aku tak random?

Kronologi dia simple:
Sorang bagi suggestion, yang lain angguk, kemudian semua setuju macam tak ada benda nak fikir. Kami pun ajak seramai mungkin sebab semua duduk area berdekatan.

Tapi satu reminder penting sebelum camping:

Kalau nak camping, tolong pastikan korang ada peralatan cukup.

Bukan sebab bahaya… tapi sebab nanti kau boring tak tahu nak buat apa bila orang lain semua sibuk masak, setup khemah, atau potong bawang.

Jadi untuk elakkan korang blur bila camping, aku tinggalkan senarai peralatan kat bawah nanti.

Perjalanan Bermula

Kami berkumpul di rumah Icad, memang port rasmi.
Dan seperti fitrah alam…
Orang yang lambat akan sampai ketika orang lain tengah sarapan.

Sambil tunggu, sambil gelak tawa, sambil throwback zaman sekolah dulu. Bila semua dah lengkap, kami pun gerak ke Kalumpang. Perjalanan dari Banting lebih kurang 2 jam 30 minit.

Tiba di Campsite

Sampai-sampai, kami inspect dulu keseluruhan kawasan. Line clear! Sebab pergi hari bekerja, memang syurga untuk orang tak suka crowded.

Icad siap booking dengan Epul awal-awal, jadi terus dapat tapak cantik. Tapi bila jam dah dekat pukul 1 tengah hari… perut buat hal.

Kami keluar cari makan.

Makan Tengah Hari & Moment Kelakar

Kami berhenti makan di kedai tepi jalan.
Ada meja panjang, cukup untuk 11 orang.

Moment paling kelakar masa ni:
Ada sorang member yakin gila kata kami dah rentas negeri sebab dekat Tanjung Malim.

Tengah dia borak confident dengan cashier,
tiba-tiba kawan sebelah tunjuk bendera Selangor tengah berkibar dekat depan kedai.

Berderai gelak satu meja.
Ini bukan buka aib, ni moment rare yang wajib disimpan dalam Jalur Memori.

Pasang Khemah + Aktiviti Petang

Lepas makan & solat, kami terus ke campsite dan pasang khemah.
Scene dia macam pertandingan pengakap, siapa paling cepat siap. Memang riuh.

Lepas siap, kami berehat sekejap sambil tengok sungai yang literally depan tapak. 4-5 langkah katanya… tapi biasalah, ada batu, ada akar, ada drama terpijak kayu. Air sungai dia sejuk macam ais lemon tea tanpa lemon. 

Ada kawasan untuk terjun dan ada jambatan kecil yang budak-budak selalu jadikan port terjun tiruk. Dalam sungai tu lebih kurang 1.5 meter, cukup untuk panik kalau tak pandai berenang.

Yang penting:

Jangan panik & pandai kawal diri masa mandi sungai.

Aktiviti Bakar-Bakar

Inilah aktiviti wajib kalau camping.

Ada macam-macam gaya nak hidupkan bara:

  • Ada yang tiup sampai merah muka
  • Ada yang kipas macam nak summon ribut
  • Ada yang guna minyak lebih daripada sepatutnya
  • Ada yang buat-buat pakar padahal tak membantu sangat

Serius meriah.
Gelak pun tak berhenti.

Malam: Healing Mode + Chaos Mode

Bila matahari terbenam, suasana jadi lebih syahdu. Ada yang solat berjemaah, ada yang siapkan makan malam. Malam tu kami memang random. Ada geng main game politikus sambil gelak macam nak roboh khemah, ada yang main gitar bagi vibe healing, dan ada juga yang termenung ke sungai macam tengah fikir masa depan. Nasib baik tak ada yang merasuk.

Lepas makan, ada yang terus tumbang sebab keterujaan bakar-bakar tadi. Yang lain sambung borak sampai 2–3 pagi. Facilities di sini pun okay! surau kecil, tandas bersih, tempat basuh peralatan semua ada.

Pagi: Vibe Sejuk Pagi Sungai

Suara azan Subuh berkumandang.
Kami solat bergilir-gilir.

Pagi di sini memang lain sejuk, kabus nipis, bunyi air sungai, suasana tenang. Memang dapat rasa healing yang sebenar.

Kawan kami sudah siap bungkuskan sarapan dari warung.
Lepas makan, kami sambung mandi sungai buat kali terakhir sebelum bersiap kemas.

Kemas-kemas & Pulang

Hampir pukul 11, kami mula kemas kawasan. Ingat guys, 

'datang tempat orang, tinggalkan tempat dalam keadaan bersih.' 

Sebelum balik ke Banting, kami isi perut dulu. Masa dalam kereta balik… jangan tanya tahap barai masing-masing.

Penutup

Itulah serba sedikit trip random kami ke Pasir Puteh Campsite.
Tempat ni memang best kalau pergi hari bekerja. Banyak port kosong dan sangat tenang. dan ini link sekiranya korang nak tahu lebih detail berkaitan Pasir Puteh Campsite. 

Kalau geng-geng aku yang join trip ni baca, kalau aku tertinggal apa-apa moment, tulislah dekat ruang komen. jangan segan silu

Kepada pembaca setia Jalur Memori, kalau korang ada pengalaman sendiri dekat campsite ni, drop la sikit pengalaman korang. mana tahu, ada pengalaman sama macam cerita yang aku lupa untuk tuliskan dalam Jalur Memori ini.

Sampai sini dulu cerita untuk kali ini. dan sampai jumpa untuk trip yang aku akan kongsikan.
Assalamualaikum!

Peralatan camping yang korang boleh cari (aku sediakan link siap untuk senang!)

Set khemah siap flysheet:
πŸ›’ Shopee: https://shope.ee/8pJYPa8er3

Portable table & kerusi lipat:
πŸ›’ Shopee: https://shope.ee/7pN1dI7kad

Lampu camping + powerbank solar:
πŸ›’ Shopee: https://shope.ee/2Ado7Jc5jU
πŸ›’ Shopee: https://shope.ee/4Ado7Jc6Kn

Set BBQ / Griller:
πŸ›’ Shopee: https://shope.ee/4AK10CxsfD

Sleeping bag & tikar aluminium:
πŸ›’ Shopee: https://shope.ee/5UQnURkFrM
πŸ›’ Shopee: https://shope.ee/5UQnURgLtM

Kalau nak tengok semua sekali, korang boleh check katalog aku — senang sikit nak pilih barang ikut bajet.

Kalau korang punya page keluar macam ni lepas tekan link tu. Just tekan link yang pertama tu ya! okay tu je.



Ulasan

Catatan Popular