Cari Blog Ini
Jujur aku cakap, aku bukannya seorang pendaki berpengalaman atau seorang pro dalam dunia hiking. aku pun masih baru berjinak-jinak dalam aktiviti ini. Macam korang juga! Blog ini bukan tempat untuk aku tunjuk hebat atau berlagak tahu semua benda, tapi lebih kepada satu ruang untuk aku simpan kenangan, berkongsi pengalaman, dan belajar bersama-sama dengan korang yang juga minat mendaki atau baru nak mula explore dunia outdoor.
Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bukit Berekeh & Lata Penyel, Sg. Siput - Destinasi Kesembilan
Berekeh Bukit Yang Ditunggu-Tunggu Ceritanya, Hahaha!
Assalammualaikum guys! Untuk trip kali ni, destinasi yang kami pilih agak luar biasa sikit. Takde la luar biasa sangat, cuma inilah antara tempat yang paling ditunggu-tunggu sejak kami mula bercakap pasal hiking sama-sama dulu. So yeah! Trip kali ni berlangsung pada 8 Februari 2025, dan lebih menariknya. Ia melibatkan dua lokasi dalam satu hari: Bukit Berekeh dan Lata Penyel.
Sebelum aku cerita panjang, jom kita kenal sikit dengan tempat yang kami pergi ni. Bukit Berekeh terletak di Sungai Siput, Perak, dan dikenali juga dengan gelaran "Gunung Batu Kapur" oleh penduduk tempatan. Uniknya bukit ni, ada enam puncak yang perlu ditempuhi sebelum sampai ke puncak utama dan view dia? MasyaAllah, memang padu! Kadang-kadang boleh nampak formasi "awan karpet" yang jadi tarikan utama kat sini.Manakala Lata Penyel pula adalah kawasan air terjun yang masih agak tersembunyi dan tak ramai tahu. Dikelilingi hutan dan suasana kampung yang tenang, tempat ni memang sesuai untuk healing dan berendam lepas hiking. Trip kali ni… memang lain macam sikit. Lain dari yang lain. Lain dari segi rasa, vibe, dan yang paling penting. Moment dia tu! So nah! Aku coretkan semua moment best kami sepanjang trip ni untuk korang baca, hayati dan kalau boleh… turut rasa teruja sama.
Intro Trip: Bila Cakap Kosong Jadi Realiti
Mula cerita, trip ni bukanlah yang dirancang awal pun. Sembang kosong masa kerja dulu je kononnya nak hiking sama-sama. Tapi entah macam mana rasa macam nak settlekan deal tu awal-awal, macam assignment yang ada due date. Hahaha! Jadi, kami plan la proper-proper. Tak boleh main redah je, sebab kali ni bawa anak dara orang! Geng kami ada 5 orang, 3 perempuan, 2 lelaki (aku salah seorang la). Semua kawan masa kerja di universiti dulu.
Awal Pagi di Sungai Siput – Subuh yang Tak Seperti Dirancang
Kami gerak seawal 3 pagi dari Puncak Alam. Target awal gila sebab nak sampai sebelum Subuh, dan solat atas puncak Bukit Berekeh. Tapi macam biasa, kita merancang… Allah yang tentukan. Ada sikit masalah masa perjalanan (kereta buat hal la weh, macam tahu-tahu je nak rosak time ni). Nasib baik tak serius sangat dan boleh diselesaikan cepat.
Sampai di kawasan Masjid Bawong (tempat orang biasa park sebelum naik Bukit Berekeh) lebih kurang 15 minit sebelum azan Subuh. Jadi, plan solat di atas bukit tu… burn. Kami terus solat di masjid, rehat sekejap dan bersiap untuk mula mendaki.
Bukit Berekeh – Daki Penuh Gelak, Angin Sejuk, dan View Memukau
Lebih kurang pukul 7 pagi, pendakian bermula. Kami sempat jumpa satu group akak-akak yang first time juga naik Bukit Berekeh. Diorang tinggal area kampung situ je. Awal pendakian, kami buat senaman ringan dan baca doa ringkas.
Trek dia… boleh tahan panjang. Kalau beginner, memang akan rasa mencabar. Tapi kami jaga pace dan saling sokong satu sama lain. Yang bestnya, perjalanan kami penuh dengan gelak tawa, gurauan, dan kadang-kadang senyap macam batu sebab semua tengah pancit. Hahaha! Suasana pagi memang syahdu. Angin sejuk, cahaya matahari yang mula menembus dedaun, dan rasa seronok walaupun letih.Sebenarnya, kat Bukit Berekeh ni ada 6 puncak yang perlu lalu sebelum sampai ke puncak utama. Tapi baru naik bukit pertama je, view dia dah padu! Aku dah mula bayangkan "kalau ada awan karpet sekarang ni, fuhhh cun habis!" Walaupun tak dapat tengok awan karpet, pemandangan pagi tu tetap buat kami terpegun.
Lebih kurang jam 9 pagi, kami sampai puncak. Ramai orang weh! Rasa macam kenduri dah. Tapi syukurlah, masa kami sampai di puncak tinggal kami saja di puncak tu. Angin sejuk sambut kami dekat atas tu. Walaupun matahari dah naik, cuaca masih nyaman. Tapi korang tahu tak, lepas je kami lepas bukit pertama… eh, akak-akak tadi tiba-tiba poof! hilang entah ke mana. Serius, hilang terus dari radar macam ghaib ke dimensi lain! Hahaha! tapi tak pe yang penting kitorang enjoy this trip.
Pemandangan dari atas memang wow. Bukit-bukit sekitar nampak macam ombak laut yang tenang. Kami ambil masa lepak, sembang, ambil gambar banyak-banyak, dan healing sekejap. Angin kuat menyapa muka, rasa nak baring je atas rumput. Kalau ada tilam, confirm aku orang pertama tidur atas tu!
Lata Penyel – Hiking Kali Kedua, Tapi Reward Dia Berbaloi
Lepas rehat, kami turun balik. Perjalanan turun lebih kurang sama macam naik, dalam 2 jam jugak. Sampai bawah, kami terus ke masjid semula, minum air dari mesin gedegang (fuh nikmat betul air masa tu). Kemudian, kami settlekan dulu masalah kereta tadi. Alhamdulillah, cepat selesai. Perut dah mula buat hal. Jadi, kami cari port makan tengah hari. Baru la tenaga naik balik. Lepas makan, terus bergerak ke Lata Penyel, lebih kurang 30 minit perjalanan dari Bukit Berekeh.
Sampai je di kawasan Lata Penyel, ada rumah-rumah kecil macam homestay dan rumah kampung. Kena bayar masuk (cash only, geng! Jangan lupa standby duit tunai). Penjaga pintu masuk bagitau air terjun ambil masa 15-20 minit nak sampai.
Sekali jalan… weh, rasa macam kena hiking lagi sekali! Tak sangka langsung. Kami semua dah penat, tapi bila sampai je dekat kawasan air terjun, terus hilang semua lelah. Cantik gila! Air dia sejuk mencucuk tulang. Kami tak tunggu lama, terus cari port, letak barang dan… terjun!
Lama jugak kami mandi. Lepas tu solat jamak ta’khir di kawasan pondok kecil. Kebetulan ada campsite kat situ. Tapi sayangnya, makanan dah habis. So, lepas solat terus gerak cari kedai runcit. Time ni memang lapar gila.
Sebelum hari betul-betul gelap, kami sempat keluar ke jalan utama. Syukur tak terperangkap dalam kawasan gelap kampung yang takde lampu. Kami singgah RnR untuk makan malam dan solat lagi sebelum sambung perjalanan balik. Dalam kereta, boleh nampak semua dah "gone". Penat yang puas.
Tips & Persediaan untuk ke Bukit Berekeh & Lata Penyel:
Bukit Berekeh:
- Air mencukupi (mineral + isotonik kalau boleh)
- Gula-gula Himalaya atau energy bar (elak dehidrasi)
- Stamina sederhana – sesuai untuk beginner tapi perlu ada semangat
- Solat siap di bawah kalau tak sempat naik awal
- Parking di Masjid Bawong
- Tak perlukan permit masa kami naik (tapi check dulu info semasa)
Lata Penyel:
- Duit tunai (bayaran masuk hanya tunai)
- Kasut sesuai (sebab jalan masuk agak mencabar)
- Makanan secukupnya (tiada kedai dalam kawasan air terjun)
- Baju salin & plastik untuk barang basah
Akhir kata
Setiap trip ada cerita, tapi trip kali ni cerita dia tinggal lama dalam kepala. Dari masalah kereta, subuh yang tak seperti dirancang, naik bukit dalam gelap sambil kejar matahari, angin sejuk yang datang macam hadiah dari langit, sampai la ke air terjun yang sejuknya buat lupa semua penat.
Trip kali ni juga bukan sekadar berjalan-jalan. Ia jadi satu pengalaman yang menguatkan ikatan persahabatan, membuka mata akan keindahan alam, dan mengingatkan aku tentang pentingnya keluar dari zon selesa sekali-sekala. Kadang-kadang, keindahan sebenar tak perlukan tiket kapal terbang. Cukup dengan rakan yang sekepala, semangat yang kuat, dan alam yang sudi menerima kehadiran kita dengan senyuman hutan dan pelukan angin.
Kalau korang tengah cari tempat healing yang rare tapi worth it. Aku rasa Bukit Berekeh dan Lata Penyel antara lokasi yang wajib masuk list. Plan elok-elok, dan sediakan hati untuk terima keindahan yang tak ternilai.
#TripBukitBerekeh #LataPenyel #HikingGeng #MomentTakTerlepas #JalurMemori
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kisah Di Balik Langkah: Aku Simpan Dalam Diri
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bukan Hiking, Tapi Healing
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan