Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Selamat Datang ke Jalur Memori – Blog Hiking & Adventure!".

  Assalamualaikum dan hai semua! Selamat datang ke Jalur Memori ! 🎉✨ Hari ni, Jumaat yang penuh barakah, 28 Februari 2025, merupakan titik permulaan blog ini. Tempat di mana aku akan berkongsi pengalaman mendaki dan meneroka keindahan alam semula jadi! 🌿.  Bayangkan setiap langkah di denai yang mencabar, angin sejuk yang menyapa di puncak, dan pemandangan luar biasa yang terbentang luas di depan mata. Semua tu bukan sekadar perjalanan, tapi kenangan yang tak ternilai. Dan aku tak sabar nak kongsi semua tu dengan korang!  Cuma, aku mungkin akan selitkan juga kenangan-kenangan kecil dalam hidup aku. Tak semestinya tentang hiking, tapi tetap bermakna dan dekat di hati. Kadang-kadang, moment paling sederhana pun boleh jadi kenangan paling indah. 🌻 Sama ada secawan kopi yang mengubat penat, perbualan spontan dengan seseorang, atau detik-detik yang buat kita senyum bila teringat. Semua tu aku nak simpan dan kongsikan di sini sebagai satu perjalanan yang penuh memori. Jom ...

Bukit Wawasan, puchong - Destinasi Ketujuh

 Misi Mengejutkan Epul di Bukit Wawasan, Puchong

Hai geng! Kembali lagi dalam siri hiking aku dan untuk trip kali ni, special sikit. Sebab? Aku buat solo trip... kononnya. Tapi sebenarnya ada "misi rahsia" yang aku sendiri tak plan awal sangat. So, destinasi ketujuh aku untuk aktiviti hiking adalah ke Bukit Wawasan yang terletak di Sri Serdang, Puchong. Kalau korang nak tahu, bukit ni antara port popular untuk pendaki beginner dan intermediate sebab trail dia yang agak mesra pendaki, tapi still boleh buat berpeluh sakan!

Serba sedikit pasal Bukit Wawasan, Puchong

Bukit Wawasan (juga dikenali sebagai Bukit Segar atau Wawasan Hill) ni terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit milik Forest Reserve. Ketinggian puncaknya lebih kurang 233 meter, jadi sangat sesuai untuk sesiapa yang baru nak cuba hiking. Ada beberapa laluan yang boleh dipilih untuk ke puncak, ke air terjun, dan ada juga trek menghala ke kawasan Blue Lagoon (tapi kawasan ni private property, tak digalakkan masuk ya!).

Mula Kisah: Solo yang Tak Dirancang

Asalnya aku plan nak naik berdua dengan seorang sahabat baik aku, Epul namanya. Tapi macam biasalah, hidup kita ni penuh kejutan. Masa tengah plan tu, aku cakap aku tak pasti free ke tak, dan dia pun macam, “Takpe lah, aku gerak solo je.” Aku mula rasa berat hati, tapi aku pun tak confirm waktu tu. Last-last, on the day itself... Epul datang rumah aku nak pinjam kasut untuk hiking.

Masa tu aku terus rasa, “Tak boleh jadi ni!” Dalam hati aku plan nak follow dia senyap-senyap dan bagi surprise kat puncak nanti. Tapi serius la weh, aku pergi dengan selipar je! Memang betul-betul last minute punya misi. Baju salin untuk mandi? Ada! Tapi kasut hiking? Tiada! hahaha!

Pengembaraan Bermula!

Sampai je dekat kawasan parking Bukit Wawasan, ada seorang uncle bagitau sahabat aku si Epul ni  baru je masuk. Aku pun tanpa berlengah terus masuk hutan. Tapi satu benda aku tak tau, rupanya ada dua laluan! Satu ke puncak, satu lagi ke air terjun. Aku main redah je ikut laluan ke puncak, dengan harapan terserempak la nanti kat atas.

Trail dia? Boleh tahan mencanak! Cuaca panas, aku mula mendaki dalam pukul 4 petang. Dengan peluh mencurah dan jantung berdegup laju, aku teruskan jugak demi misi "surprise sahabat" ni. Lepas 40 minit, aku jumpa geng uncle yang bagitau “you punya kawan banyak laju itu budak wo!”. Laju? Confirm la tu Epul! Epul ni pace dia laju kalau hiking.

Saat Paling Best: Jumpa Epul di Puncak

Akhirnya, hampir sejam mendaki, aku sampai puncak... dan YES! Epul ada kat situ, dengan seorang uncle Cina. Reaksi muka dia masa nampak aku tu priceless gila! Terkejut + blur + gelak. Tapi jauh di sudut hati, aku tau dia sebenarnya bersyukur aku datang. moment best. Kat atas tu kami berehat, borak-borak, ambil gambar dan cipta kenangan. 

Penyesalan Kecil, Kenangan Besar

Lepas semua settle, kitorang pun turun. Tapi masing-masing gelak dengan kehampaan sebab sedar... yang kitorang salah laluan! Laluan ke air terjun bukan laluan yang kitorang ambil tadi. Hahaha! Tapi Allah dah atur cantik. Sekurang-kurangnya, kami bertemu.  Bila dah hampir sampai bawah, terserempak dengan budak-budak yang basah kuyup. Rupanya diorang baru balik dari air terjun. Tapi sebab hari dah nak masuk 6 petang, orang dekat situ tak galakkan pergi. Demi keselamatan, kami akur.

Epul ajak pergi makan mamak, tapi aku cakap aku tengah puasa. Dia terkejut besar. Bayangkan,  mendaki waktu panas, berlari kejar member, bawa backpack, tapi tak minum setitik air pun. Epul macam, "Weh ZUL! Kau puasa ke tadi? Gila ke apa?!" Aku gelak je. Tapi dalam hati, aku sendiri pun tak sangka aku boleh buat. akhirnya dia teman aku berbuka dekat kedai mamak Subang. Respect bro. Sahabat sejati!

Tips & Saranan Buat Korang Yang Nak Cuba Bukit Wawasan

Kalau korang plan nak mendaki Bukit Wawasan, ini beberapa tips penting:
 Pakai kasut hiking atau sukan yang sesuai (selipar? besar NO!)
 Bawa air secukupnya – trail boleh tahan berpeluh
 Stamina sederhana pun okay, tapi bersedia untuk panjat laluan mencanak
 Pakai pakaian ringan & bawa baju salin kalau nak mandi sungai
Elakkan mendaki lewat petang, takut tersesat atau gelap
Gunakan aplikasi hiking tracker macam AllTrails atau Komoot kalau takut sesat

Penutup: Tentang Kehilangan, Sahabat & Alam

Trip ni mengajar aku sesuatu, bahawa kita tak perlukan crowd untuk cipta kenangan indah. Kadang-kadang, satu tindakan spontan, satu pengorbanan kecil, boleh jadi memori seumur hidup.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah Epul, yang kembali ke rahmatullah pada 2 Januari 2024 yang lalu. Dan untuk semua insan tersayang yang telah kembali ke sisi Allah.

Terima kasih korang sebab baca sampai habis. Kalau korang pernah pergi Bukit Wawasan atau ada moment best kat sana, tinggalkan kisah korang kat ruang komen. Stay tuned untuk next adventure yang lagi mencabar, lagi padu! 

Assalammualaikum & Salam Hiking!



 

 

Ulasan

Catatan Popular