Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Selamat Datang ke Jalur Memori – Blog Hiking & Adventure!".

  Assalamualaikum dan hai semua! Selamat datang ke Jalur Memori ! ๐ŸŽ‰✨ Hari ni, Jumaat yang penuh barakah, 28 Februari 2025, merupakan titik permulaan blog ini. Tempat di mana aku akan berkongsi pengalaman mendaki dan meneroka keindahan alam semula jadi! ๐ŸŒฟ.  Bayangkan setiap langkah di denai yang mencabar, angin sejuk yang menyapa di puncak, dan pemandangan luar biasa yang terbentang luas di depan mata. Semua tu bukan sekadar perjalanan, tapi kenangan yang tak ternilai. Dan aku tak sabar nak kongsi semua tu dengan korang!  Cuma, aku mungkin akan selitkan juga kenangan-kenangan kecil dalam hidup aku. Tak semestinya tentang hiking, tapi tetap bermakna dan dekat di hati. Kadang-kadang, moment paling sederhana pun boleh jadi kenangan paling indah. ๐ŸŒป Sama ada secawan kopi yang mengubat penat, perbualan spontan dengan seseorang, atau detik-detik yang buat kita senyum bila teringat. Semua tu aku nak simpan dan kongsikan di sini sebagai satu perjalanan yang penuh memori. Jom ...

Bukit Sapu Tangan, Shah Alam - Destinasi pertama

Pendakian Pertama? Eh, Kedua Kot? – Bukit Sapu Tangan, Shah Alam

Okay geng, kalau nak ikut kiraan, pendakian ini bukanlah yang pertama sebab aku pernah mendaki Bukit Rajawali, Jugra, Banting masa zaman sekolah dulu. Tapi, pendakian ke Bukit Sapu Tangan ni boleh dikira first official hike yang aku rakam sebagai kenangan dalam galeri. Jadi, ini jugalah titik mula aku betul-betul menikmati alam semula jadi dengan lebih sedar.

Pendakian yang Tak Dirancang

Jujur aku cakap, trip ni betul-betul random! Hahaha. Masa tu aku masih study di UiTM Shah Alam, dan secara tiba-tiba, aku dengan housemate (merangkap classmate) decide nak panjat bukit. Ingatkan macam jogging biasa je, jadi kami pun redah tanpa sebarang persediaan. Langsung tak bawa air, tak pakai kasut hiking, apatah lagi bawak bekalan makanan. Nasib baik ada orang jual makanan dekat tasik cermin tu, sempatlah grab sesuatu buat alas perut.

Bukit Sapu Tangan – Trek yang Mencabar untuk Pemula



Bukit Sapu Tangan ni terletak dalam Taman Botani Negeri Shah Alam, dan ada beberapa laluan untuk sampai ke puncak. Ada yang ikut jalan tar (relax mode), ada juga laluan hutan yang lebih adventure. Kami? Mestilah pilih laluan hutan! Hahaha, tak tahu lah siapa punya idea, tapi serius mencabar bagi kami yang zero preparation.

Trek dia memang berselut kalau lepas hujan, ada laluan curam yang memerlukan stamina lebih, dan beberapa simpang yang boleh buat orang sesat kalau tak tahu jalan (dan ya, kami memang tersesat masa turun nanti, hahaha). Tapi, sepanjang pendakian tu, suasana memang best—pokok-pokok tinggi, udara segar, dan rasa escape sekejap dari kesibukan bandar.

Sampai di puncak, ada satu pondok besar yang jadi tempat rehat untuk pendaki. Tapi jangan expect view sunset atau panorama luas sebab kawasan puncak ni agak tertutup dengan pokok. Walaupun tak nampak pemandangan jauh, tapi puas hati juga sebab berjaya sampai atas. Masa kami sampai tu, ramai juga orang sebab hujung minggu, jadi taklah terasa sunyi sangat.

Pengalaman Paling Tak Boleh Dilupakan – Tersesat!

Ni part paling lawak (dan seram sikit). Masa turun, kami ikut laluan lain sebab ingat boleh cepat sampai. Rupa-rupanya, kami terkeluar ke Shah Alam entah kat mana! Hahaha. Bayangkan dari Setia Alam, tiba-tiba je terkeluar jauh. Nak patah balik memang tak larat dah, jadi nasib baik ada kawan dari Kapar yang sudi datang rescue dan hantar kami balik ke Setia Alam.

Persiapan yang Sepatutnya Dibuat (Jangan Jadi Macam Kami)

Kalau korang nak cuba hiking di Bukit Sapu Tangan ni, aku sarankan:

✅ Pakai kasut yang sesuai – Trek boleh jadi licin, jadi elakkan pakai kasut flat atau kasut biasa. Pakai kasut hiking atau kasut sukan yang ada cengkaman.
✅ Bawa air secukupnya – Minum air penting supaya tak dehidrasi, lebih-lebih lagi kalau cuaca panas.
✅ Sarapan sebelum mendaki – Kalau boleh, makan dulu supaya ada tenaga. Kalau tak sempat, bawa makanan ringan seperti roti, coklat, atau protein bar.
✅ Guna aplikasi peta hiking (contoh: Komoot, AllTrails) – Supaya tak tersesat macam kami! Pastikan juga kaji trek sebelum mendaki.
✅ Datang awal pagi atau petang – Waktu ni cuaca lebih nyaman, tak terlalu panas.

Untuk Pendaki Pemula – Sesuai Tak Bukit Sapu Tangan?

Bagi yang baru nak mula hiking, Bukit Sapu Tangan ni boleh dikatakan moderate level. Kalau ikut jalan tar, ia lebih santai dan sesuai untuk pemula. Tapi kalau nak lalu laluan hutan, bersiap sedialah untuk sedikit cabaran.

Pendakian ke puncak biasanya ambil masa sekitar 1-2 jam, bergantung pada stamina masing-masing. Jadi, kalau rasa nak cuba hiking tapi tak mahu trek yang terlalu ekstrem, Bukit Sapu Tangan adalah pilihan yang baik.

Kesimpulannya?

Walaupun pendakian ni random dan meletihkan, ia satu pengalaman yang sangat berbaloi. Dari situlah aku mula jatuh cinta dengan hiking dan mula explore tempat-tempat lain. Dan yang paling penting, aku belajar bahawa hiking bukan sekadar aktiviti fizikal, tapi satu cara untuk lebih menghargai alam dan menguji daya ketahanan diri.

So, next destinasi ke mana? Tunggu di halaman seterusnya! Assalammualaikum



Ulasan

Catatan Popular