Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Selamat Datang ke Jalur Memori – Blog Hiking & Adventure!".

  Assalamualaikum dan hai semua! Selamat datang ke Jalur Memori ! ๐ŸŽ‰✨ Hari ni, Jumaat yang penuh barakah, 28 Februari 2025, merupakan titik permulaan blog ini. Tempat di mana aku akan berkongsi pengalaman mendaki dan meneroka keindahan alam semula jadi! ๐ŸŒฟ.  Bayangkan setiap langkah di denai yang mencabar, angin sejuk yang menyapa di puncak, dan pemandangan luar biasa yang terbentang luas di depan mata. Semua tu bukan sekadar perjalanan, tapi kenangan yang tak ternilai. Dan aku tak sabar nak kongsi semua tu dengan korang!  Cuma, aku mungkin akan selitkan juga kenangan-kenangan kecil dalam hidup aku. Tak semestinya tentang hiking, tapi tetap bermakna dan dekat di hati. Kadang-kadang, moment paling sederhana pun boleh jadi kenangan paling indah. ๐ŸŒป Sama ada secawan kopi yang mengubat penat, perbualan spontan dengan seseorang, atau detik-detik yang buat kita senyum bila teringat. Semua tu aku nak simpan dan kongsikan di sini sebagai satu perjalanan yang penuh memori. Jom ...

Kanching Waterfalls, Rawang - Destinasi kedua

Trip Kanching Waterfall – Tangga, Tangga, Tangga Lagi?! 

(Taman Eko Rimba Kanching Rawang Selangor)


Okay geng, trip kali ni bukan lagi jenis “main redah, janji sampai” macam pendakian pertama dulu. Kali ni kami finally plan betul-betul sebab yang join pun ramai sikit berbanding sebelum ni. (rakan sekelas masa belajar di UiTM). Kalau tak silap, tarikh trip ni 18 Jun 2023, hari Ahad. Perfect timing untuk aktiviti outdoor.

Cuma ada satu masalah… bukan semua geng aku minat hiking.

Jadi, misi pertama bukan nak cari trek terbaik, tapi nak memujuk & memaksa ahli-ahli kumpulan yang dah separuh hati nak join. Punya la gigih, sampai ada sorang kawan yang akhirnya give up dan datang hiking pakai jeans! Hahaha, kau boleh bayang tak? Bukan setakat mendaki, nak mandi air terjun pulak tu! Tapi tak apa, janji semua onz dan semangat mencipta kenangan bersama.



Persiapan Wajib – Sebab Mandi Mesti Lapar!

Sebab kali ni ada sesi bermandi manda, jadi makanan kena siap awal-awal. Mandi tanpa makan ibarat phone tanpa internet, ada tapi tak guna. Jadi, sebelum gerak, kami dah siap-siap beli makanan.

Selain makanan, ini barang wajib yang kami bawa:

  • Baju salin – Unless kau nak balik rumah dalam keadaan basah kuyup & kesejukan tahap Titanic.
  • Beg plastik atau dry bag – Untuk selamatkan barang berharga daripada tragedi kebasahan.
  • Air mineral & snek ringan – Sebab perjalanan naik boleh buat kau questioning life choices.
  • Selipar outdoor atau sandal grip – Trek sini mostly bertangga, dan ada laluan berbatu. Pakai sneakers pun okay, tapi kalau dah basah, bersedia untuk berjalan dalam kasut soggy edition.


Cabaran Sebenar – Tangga Level Dewa!

Kalau kau fikir hiking ni chill sebab ada air terjun, kau silap besar.

Masuk je trek Kanching Waterfall, aku terus nampak satu benda yang buat semangat berkecai, iaitu tangga. Bukan satu, bukan dua, tapi tangga berlapis-lapis! Aku dah boleh dengar lutut menjerit minta simpati.

Yang bestnya, air terjun kat sini ada tujuh tingkat. Maksudnya, makin tinggi kau panjat, makin kurang orang, makin rare port yang kau dapat. Tapi dalam masa sama, makin tinggi jugak semput yang bakal kau rasa.

Kami naik sampai tingkat 3 je. Nak naik lagi boleh, tapi kena fikir geng yang baru first time join (terutama si jeans guy tadi, aku yakin dalam hati dia tengah maki halus).

Akhirnya Sampai! Mandi Time!

Bila sampai tingkat 3, terus semua letak barang dan terjun tanpa fikir panjang. Air dia sejuk gila, macam air batu terus dari peti sejuk. Lepas kena dera dengan tangga tadi, nikmat dia memang 100/10.

Tapi tak cukup dengan mandi je, perut pulak mula buat konsert live. Nasib baik makanan dah ready, terus picnic tepi air terjun sambil makan ramai-ramai. Makanan rasa 2 kali lebih sedap bila perut lapar, tak tipu!

Lepas sejam lebih dalam air, masing-masing dah mula rasa gigil. Ada yang dah kepenatan. Jadi kami pun kemas barang, ambil gambar sikit buat kenangan, dan bersiap untuk turun.


Balik Dengan Muka Letih, Tapi Hati Happy

Turun trek ni sepatutnya lebih senang… tapi kenapa rasa lebih sakit?! Tangga yang naik tadi, sekarang kena turun pulak. Lutut aku officially mohon cuti rehat. Sampai bawah, masing-masing muka penat nak mati, tapi dalam hati puas sebab berjaya habiskan trip ni.


Tips Untuk First Timer Yang Nak Ke Kanching Waterfall

Kalau korang baru nak cuba trip ni, aku rekomen beberapa benda supaya trip korang tak jadi drama survival:

  • Datang awal pagi – Kalau boleh sebelum jam 9 pagi, sebab lepas tu confirm ramai gila orang.
  • Pilih tingkat ikut kemampuan – Kalau datang dengan family atau first timer, tingkat 1-2 pun dah cukup. Kalau berani, naik tinggi sikit.
  • Jangan bawa makanan ‘pelik’ – Monyet kat sini bukan biasa-biasa. Monyet kat sini bijak, jangan terkejut kalau tiba-tiba ada yang datang ‘tumpang’ makanan korang.
  • Pakai pakaian sesuai – Jeans? Tolong la jangan. Pakai baju & seluar yang ringan dan cepat kering.
  • Jaga kebersihan – Bawa plastik sampah sendiri, jangan tinggalkan sisa makanan merata-rata.


Akhir kalam – Siapa Sangka, Kami Buat Juga!

Trip ni memang roller coaster, dari drama memaksa kawan, kena dera dengan tangga, mandi air terjun yang power, sampai la ke picnic tepi sungai. Paling best, walaupun ada geng yang asalnya tak minat hiking, akhirnya semua enjoy!

So, next trip ke mana pulak? Tunggu update seterusnya dalam blog ni! Beyeh!



Ulasan

Catatan Popular