Cari Blog Ini
Jujur aku cakap, aku bukannya seorang pendaki berpengalaman atau seorang pro dalam dunia hiking. aku pun masih baru berjinak-jinak dalam aktiviti ini. Macam korang juga! Blog ini bukan tempat untuk aku tunjuk hebat atau berlagak tahu semua benda, tapi lebih kepada satu ruang untuk aku simpan kenangan, berkongsi pengalaman, dan belajar bersama-sama dengan korang yang juga minat mendaki atau baru nak mula explore dunia outdoor.
Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Janda Baik Trip – Farewell Degree
Misi Tertangguh, Momen Takkan Berulang
Bismillah.
sebelum aku buka tirai cerita kali ni, aku harap siapa yang tengah baca blog Jalur Memori sekarang duduk dalam mood relaks, tarik nafas, dan sedia ketawa sikit sebab trip ni memang penuh momen yang kelakar, chaos, tapi manis dia sampai sekarang aku boleh ingat. Dan percayalah, trip ni memang jenis yang kalau kita tak cerita dekat blog, rugi.
Dan kalau korang pernah baca kisah aku dekat Kanching hari tu, mesti korang perasan bahagian akhir video tu kami plan nak buat farewell trip bersama-sama sebelum semua masuk intern. Haa… inilah dia.
misi Trip Farewell Janda Baik akhirnya menjadi kenyataan.
Perbincangan Trip: Dari Dalam Kelas Sampai Dalam WhatsApp
Trip ni bukan day trip biasa. Ini 2 hari 1 malam, siap tentatif bagai. Awal jun 2023, kami bincang betul-betul selepas kelas. Ada yang balik awal sebab urusan masing-masing, tapi yang tinggal semua bagi idea dan kerjasama yang mantap. Contoh; nak buat aktiviti, barang apa nak bawa, hadiah, permainan semuanya.
Part aku? Hehe… aku kena cari tempat menginap. Tapi bukan aku sorang lah, kita buat keputusan sama-sama. Kalau aku pilih tempat pelik, at least salah ramai-ramai. Strategi selamat. Hehe.
Akhirnya jumpa: Chalet & Homestay Sheliza, depan sungai weh!Terus semua setuju tanpa banyak soal. Lepas kelas bersurai, sambung dalam group WhatsApp pula. Masing-masing bagi komitmen ikut kemampuan.
Perjalanan ke Janda Baik: 5 Kereta, 1 Rombongan
Hari kejadian, port berkumpul: area Stadium Shah Alam. Geng laki semua dekat situ, jadi senang. Lima kereta dah sedia; tinggal bahagi siapa naik kereta siapa, ikut keselesaan. Biasalah, masa rasmi 10.00 pagi… masa realiti lebih kurang 10.20–10.45 pagi. Tapi bila semua dah masuk kereta, barulah vibe trip muncul.
Kereta penuh dengan macam macam ragam. ada yang pasang lagu zaman belajar, cerita kelas paling chaos, ada yang ketawa sampai sakit perut, siapa crush siapa (tiba-tiba terbongkar), dan orang belakang yang tidur macam tak pernah tidur 6 bulan.
Pit Stop – Lemang To’ki
Dalam perjalanan, aku sempat sesat sikit. Maksudnya, sesiapa yang naik kereta dengan aku sebenarnya “rombongan paling last” nak sampai. Tapi Alhamdulillah, sampai juga, walaupun geng lain dah kebulur tunggu. Siap ada yang dah order makanan dulu.
Destinasi pertama: Lemang To’ki. Tak singgah rugi, sebab dah halfway perjalanan. Kami order banyak menu. meja penuh, gambar pun mesti meriah.
Makanan Sedap = Mood Naik 80%. Sampai je dekat Lemang To’ki, semua terus jadi rakyat Malaysia yang sebenar. nampak makanan, terus lupa penat. Lemang panas, ayam masak lemak, sambal hitam, dan kuah kacang… Ada yang makan sopan. Ada yang makan macam baru balik dari ekspedisi Sahara. Ada yang sibuk selfie lebih daripada suap. Tapi serius, Lemang To’ki memang tak pernah mengecewakan.
Welcome to Sheliza: Homestay Depan Sungai Yang Selamba Cantik
Akhirnya kami sampai. Inilah nama tempat kami menginap: Chalet & Homestay Sheliza.
Tempat dia sangat strategik, depan sungai, memang sesuai untuk family & trip macam kami. Kelengkapan untuk BBQ pun banyak mereka sediakan. Kami sampai lebih kurang pukul 2 petang. Geng perempuan 4 bilik, geng laki 3 bilik. Bilik tak luas mana, tapi cukup ngam untuk 2–3 orang tidur selesa. Ada kelengkapan yang cukup: kipas, tilam, bantal, bilik air, ruang santai… pendek kata, tak ada apa nak komplen.
Sampai-sampai tu terus aktiviti? Hahaha tak lah. Rehat dulu, perut masih penuh Lemang To’ki. Kenyang, penat, dan excited bercampur jadi satu.
Petang Santai: Ada Yang Mandi Sungai, Ada Yang Mandi Tilam
Aktiviti petang kami, ada yang terus mandi sungai. Walaupun air sejuk macam ais batu. ada yang tidur tak bangun-bangun, katanya “cuma nak baring kejap”. Ada yang keluar pickup member naik bas
Petang tu memang hidup: Team healing ngopi, Ada yang duduk tepi sungai pegang mug macam tengah layan podcast. Team bola tampar, Tiba-tiba jadi atlet mewakili kampung.
Team persiapan BBQ, Ada yang potong bawang, ada yang perap ayam, ada yang sibuk cari lighter. Geng lelaki wajib mandi sungai, Ritual rasmi tak payah tanya. Sekali masuk, terus hilang suara sebab air sejuk.
Pendek kata: masing-masing ada tugas. Matahari pun dah mula terbenam, barulah semua hidup balik sebab nak buat persiapan BBQ.
Maghrib Mode On:
Habis aktiviti petang, mandi bersih-bersih, siap solat… Kami kumpul untuk baca Yaasin & doa selamat. Momen ni lain macam tenang dia.
Kami baca doa untuk: final exam dan juga untuk adik salah seorang classmate yang baru accident. Alhamdulillah, sekarang adik dia dah pun sembuh dan berada di rumah.
Suasana sunyi, angin malam sejuk…
Semua tunduk, semua khusyuk.
Selesai Isyak, barulah bermula aktiviti malam.
BBQ Night + “Hadiah Misteri Classmate”
Lepas doa, barulah acara malam bermula. Bara BBQ yang masih menyala, bau ayam perap terus buat orang lapar kali kedua.
Sebelum makan, kami diminta bawa hadiah masing-masing. hadiah bentuk misteri, tak tahu nanti siapa bakal dapat. Hadiah dikumpul di satu tempat untuk aktiviti malam. Tidak lupa dengan ucapan ketua kelas pendek tapi penuh makna, mengingatkan perjalanan degree yang penuh gelak, struggle, dan teamwork.
Lepas ucapan tu… barulah kami buat aktiviti hadiah.
Nama aktiviti? “Swap & Surprise: Hadiah Misteri Classmate Edition” hadiah ni sebenarnya berdasarkan apa yang pemilik hadiah tu sendiri minta. Kami tulis ciri-ciri hadiah dalam kelas, dengan letak nama samaran. Lepas tu cabut kertas secara random. dapat siapa, belilah hadiah untuk “owner rahsia” tu.
Lepas settle hadiah misteri, sambung pula ke slot “Best Classmate Award” pemenang undian tertinggi ikut kategori. Kategori lelaki lain, kategori perempuan lain. Ada kategori yang elok-elok. Ada kategori yang buat penerima sendiri gelak terbahak.
Bila hadiah semua dah settle, barulah kami serbu BBQ. Meja penuh makanan, perut pun dah mintak diisi. Malam tu penuh dengan cerita throwback zaman kelas, gelak kuat sampai hilang suara, geng perempuan gosip halus, dan geng lelaki bahan-membahan tak habis
Sheliza waktu malam memang lain macam. lampu homestay yang kekuningan buat suasana cozy, bunyi sungai perlahan jadi background sound effect, langit cerah tak berkabus.
Pagi Esoknya – Sejuk Tak Boleh Bawak Bincang
Pagi esok, semua bangun ikut masa biologi masing-masing. Ada yang bangun awal tengok view, ada yang baru sedar dunia bila dengar orang ketuk pintu. Kami jalan pagi tepi sungai, cari port yang sesuai untuk mandi. Lepas dapat port cantik, terus terjun. Air sungai pagi… masyaAllah sejuk menusuk jiwa.
Tapi syok, segar satu badan. Lepas siap mandi, kami sarapan ringan, santai-santai, borak ringan, Selepas sarapan dan kemas barang, kami semua bergambar. Setiap spot macam wajib ambil gambar “buat kenangan sebelum intern”.
Tuan homestay pun sporting, banyak tolong kami. Memang recommended.
Next Stop: Genting Highlands, Trip Bertukar Jadi Rombongan Sekolah
Trip belum habis. lepas makan tengah hari di R&R Genting Sempah. Kami decide untuk ke Genting Highlands. Perjalanan dari homestay mengambil masa dalam 50 minit kurang lebih.
Parking dekat Premium Outlets. Lepas tu naik cable car sama-sama. Jalan dalam mall beramai-ramai rasa macam rombongan sekolah. Tinggal cikgu disiplin je tak ada.
Atas Genting Mall tu, tempat orang selalu ambil gambar…
kami pun tak lepaskan peluang.
Sakan bergambar macam esok dah tak jumpa.
Aku? Sempat rasa mengantuk sebab angin sejuk tu padu sangat.
Yang lain? Masih hyper sibuk photoshoot.
Kami tak explore sangat, lebih kepada menikmati suasana di atas. Ada yang beli buah tangan, ada yang simply jalan-jalan takde arah. Lepas puas ronda, kami turun balik dan bergerak pulang setelah objektif tercapai.
Perjalanan Balik – Makan Malam Last
Jalan jammed gila. Kami singgah Maghrib di RnR Gombak. Lepas tu cari tempat makan untuk “Last Supper Trip Degree”. Kami makan di Restoran Kungfu Ramen Cheras.
Vibe kedai dia macam kedai mamak. Tapi menu dia sedap, portion besar, dan angin malam dia best. Kami makan macam dah tak jumpa makanan Malaysia seminggu. Gelak penuh meja, makanan penuh meja, kawan penuh meja.
Selesai makan, masing-masing balik ke rumah. Mengantuk tu lain macam, siapa memandu malam tu memang wira negara. Tapi hati puas. Moment semua padu. Dan itulah penutup perjalanan 2 hari 1 malam kami. Balik je rumah… confirm semua tidur macam kena bius.
Akhir kata…
Untuk rakan-rakan sekelas degree. Terima kasih sebab jadikan trip ini sebagai kenangan paling manis dalam hidup aku. Setiap gelak, setiap moment, setiap tolong-menolong semua aku simpan dalam memori.
Kita datang sebagai stranger, kita balik sebagai keluarga kecil yang ada cerita sendiri. Untuk pembaca lain! kalau ada plan nak buat family day, trip kawan-kawan, atau sekadar nak healing, aku sangat cadangkan:
Chalet & Homestay Sheliza, Janda Baik
Tenang, cantik, depan sungai, harga berbaloi memang satisfying dan ada banyak lagi aktiviti yang korang boleh explore.
Terima kasih kerana membaca. Moga cerita ni buat korang tersenyum, dan moga ia jadi memori yang tak hilang walau masa berjalan jauh. buat mereka yang baru kenal blog aku ni. Salam kenal! ini blog kecil untuk aku simpan memori.
Sampai jumpa di next trip guys. Assalammualaikum!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
First time hiking Malaysia : Jom follow aku ...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bukan Hiking, Tapi Healing
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan