Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Selamat Datang ke Jalur Memori – Blog Hiking & Adventure!".

  Assalamualaikum dan hai semua! Selamat datang ke Jalur Memori ! πŸŽ‰✨ Hari ni, Jumaat yang penuh barakah, 28 Februari 2025, merupakan titik permulaan blog ini. Tempat di mana aku akan berkongsi pengalaman mendaki dan meneroka keindahan alam semula jadi! 🌿.  Bayangkan setiap langkah di denai yang mencabar, angin sejuk yang menyapa di puncak, dan pemandangan luar biasa yang terbentang luas di depan mata. Semua tu bukan sekadar perjalanan, tapi kenangan yang tak ternilai. Dan aku tak sabar nak kongsi semua tu dengan korang!  Cuma, aku mungkin akan selitkan juga kenangan-kenangan kecil dalam hidup aku. Tak semestinya tentang hiking, tapi tetap bermakna dan dekat di hati. Kadang-kadang, moment paling sederhana pun boleh jadi kenangan paling indah. 🌻 Sama ada secawan kopi yang mengubat penat, perbualan spontan dengan seseorang, atau detik-detik yang buat kita senyum bila teringat. Semua tu aku nak simpan dan kongsikan di sini sebagai satu perjalanan yang penuh memori. Jom ...

Trip Panas-Panas Sungkai, Plan 40 Minit Jadi 2 Jam

Assalammualaikum guys.

Serius cakap… lama kan aku tak update? 
Kadang tu bukan tak ada cerita, cuma nak duduk mengarang tu yang ambil masa sikit. Tapi kali ni aku rasa rugi kalau tak share.

Okay aku tanya korang dulu.
Kalau aku cakap trip kali ni bukan hiking, bukan camping, bukan bermalam… agak-agak apa?
Picnic?

Lebih kurang. Tapi versi lelaki nak reset badan yang lemau.
Ya, kami pergi mandi kolam air panas.


Dari Selangor Ke Perak, Siapa Suruh Percaya Maps?

Trip kali ni bertiga je. Aku, Hakim dan Sufian.
Plan asal memang simple. Nak cari kolam air panas sekitar Selangor je. Selayang ke, Semenyih ke. Yang penting dekat. Drive 30-40 minit, mandi, balik.

Tapi korang tahulah bila dah berkumpul pagi-pagi, buka maps, scroll socmed… idea boleh berubah dalam masa 5 minit.

Hakim tiba-tiba cakap,
“Sungkai tak jauh pun.”

Aku dengan Sufian macam… betul ke?

Sekali tengok betul lah, nampak dekat je dalam maps. Tapi yang tak tengoknya masa perjalanan.
Dari Shah Alam ke Sungkai hampir 2 jam juga sebenarnya.

Bila dalam perjalanan tu baru Hakim bersuara,
“Asal rasa macam jauh eh?”

Time tu memang kami balun dia cukup-cukup 
Tapi nak marah pun tak guna. Dia yang drive.

Singgah Farmasi, Konon Nak Jaga Kulit

On the way tu sempatlah isi minyak, beli jajan dan singgah farmasi beli sunscreen. Konon takut kulit berubah warna. Akak cashier tu siap tanya kami dari mana. Mungkin muka kami memang nampak macam orang luar kot. Bila bagitahu nak pergi hot spring, dia senyum je.

Aku rasa dia dalam hati fikir,
“Jauh tu dik…”

Tapi takpelah. Kadang benda random macam ni lah yang jadi memori.

Sampai Ke Tempat Yang Berasap

Akhirnya sampai ke Sungai Klah Hot Springs Park.
Korang pernah pergi tak sini?

Weekday masa kami pergi, jadi suasana dia tenang sikit. Tak sesak sangat. Ada family, tapi masih selesa. Tempat dia besar sebenarnya. Bukan sekadar satu dua kolam. Banyak level suhu, ada kawasan kanak-kanak, ada cafe, siap ada mini zoo lagi.

Kalau datang dengan family memang sesuai.

Kolam Pertama, Masih Hero

Lepas simpan barang dalam loker (harga dia boleh tahan sikit, tapi kongsi-kongsi okay je), kami start dengan kolam suhu sederhana dulu. Air dia dalam lingkungan 30°C ke 38°C. Masih boleh berendam badan penuh. Time ni semua nampak steady.

Aku pun fikir,
“Eh tak panas mana pun.”

Biasalah, awal-awal semua hero.

Kolam Merebus Telur, Ini Rare!

Nak pergi kolam yang lagi panas, kena jalan sikit. Lalu jambatan kecil, nampak aliran air berwap naik. Cantik sebenarnya suasana dia.

Tengah jalan tu ada satu port kolam rebus telur.
Air dia memang panas betul, boleh cecah sekitar 100°C dekat sumber. Boleh beli telur kat situ dan rebus sendiri.

Aku tak buat sebab… biasalah. Bajet waktu tu berjimat sikit...
Tapi kalau korang pergi, boleh cuba. Rare juga pengalaman tu.

Kolam 40 - 45°C, Ego Lelaki Diuji...

Okay part ni aku nak tanya korang.
Kalau tengok kolam berasap tebal, air macam mendidih sikit… korang berani terjun tak?

Suhu kolam paling panas kat sini boleh cecah sekitar 40°C hingga 45°C.
Aku masuk perlahan-lahan. Mula-mula rendam kaki je. Lima minit dah rasa macam kaki tengah buat eksperimen sains.

Kami siap buat challenge siapa tahan paling lama. Konon nak jadi paling kuat. Hakikatnya semua keluar dengan muka merah dan gelak sendiri.

Tips aku kalau nak tahan lama, jangan banyak bergerak. Lagi kau buat ombak, lagi terasa panas dia.

Panas Tu Ada Baik Dia

Berendam dalam kolam air panas ni sebenarnya banyak kebaikan.
Boleh bantu:

  1. Legakan otot
  2. Lancarkan peredaran darah
  3. Kurangkan stress
  4. Buat badan rasa ringan

Tapi jangan lama sangat. Kalau pening atau rasa tak selesa, keluar je. Jangan paksa diri semata nak nampak steady. Percayalah, risau dari experince nak dapatkan kebaikan air panas bertukar menjadi satu tragedi pulak nanti. 

Nak balik dah ni, Singgah Mini Zoo dulu..

Lepas mandi, kami sempat pusing mini zoo dalam kawasan tu. Ada rusa, arnab, burung merak, kambing dan beberapa haiwan lain.

Simple je, tapi okay lah untuk jalan santai sebelum gerak balik. Tak silap aku dia dah sekalikan dalam tiket untuk masuk. Tapi sekarang, aku tak pasti macam mana harga dan suasana dia. Waktu aku pergi dengan kawan-kawan aku tahun 2024. Lama kan..Hahaha!

Kalau Korang Nak Pergi…

Kalau rasa nak try, boleh cari maklumat lanjut tentang Sungai Klah Hot Springs Park dekat website rasmi atau Facebook mereka. Biasanya harga tiket dan waktu operasi ada update kat situ.

Boleh juga tengok review terkini dekat Google Maps sebelum pergi. kalau malas nak search dekat google aku dah sediakan detail pada hujung cerita ni. 

Jumpa Lagi Dalam Jalur Cerita Seterusnya

Guys… sebelum aku tutup cerita trip hot spring Sungai Klah ni, aku nak ucap terima kasih yang tak terhingga pada korang yang masih setia baca Jalur Memori sampai habis.

Dan pada korang yang baru jumpa blog ni, selamat datang ke rumah kecil aku. Rumah di mana aku simpan gambar-gambar lama, cerita pelik kami, lawatan spontan, dan semua moment yang buat kita senyum sendiri bila baca balik.

Cerita trip kali ni rasanya aku kongsi sampai sini dulu. Untuk korang yang baca sampai habis tu…

Eh, jangan la komen bukan-bukan yek. Haha! 
Kalau korang ada pengalaman best di hot spring ni atau nak suggest port lain tempat chill macam ni, drop dekat ruang komen Jalur Memori mana tau next trip kita boleh buat pulak!

See you later guys!
Jumpa lagi dalam jalur cerita yang akan datang.

Assalammualaikum!


🌐 Info Website & Media Sosial Hot Spring Sungai Klah

Kalau korang nak check update terkini tiket, waktu operasi atau aktiviti terbaru, korang boleh refer dekat:

Website rasmi tempat hot spring:
πŸ‘‰ Felda Residence Hot Springs official site (hot spring & hotel info)

Facebook rasmi (tempat & waterpark):
πŸ‘‰ Felda Residence Hot Spring, Sungkai Perak. Biasanya ada post pasal tiket, promosi & event terbaru dari sana. (Facebook)

Lokasi:
Felda Sg. Klah, Jalan Sungai Klah, 35600 Sungkai, Perak. Waterpark dan kolam hot springs dia antara yang popular untuk family day trip atau trip santai satu hari. (Felda Residences)

Kalau korang rajin, boleh jugak search review terbaru di Google Maps atau Tripadvisor untuk tengok pengalaman orang lain yang pergi terkini.

Ulasan

Catatan Popular