Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Selamat Datang ke Jalur Memori – Blog Hiking & Adventure!".

  Assalamualaikum dan hai semua! Selamat datang ke Jalur Memori ! 🎉✨ Hari ni, Jumaat yang penuh barakah, 28 Februari 2025, merupakan titik permulaan blog ini. Tempat di mana aku akan berkongsi pengalaman mendaki dan meneroka keindahan alam semula jadi! 🌿.  Bayangkan setiap langkah di denai yang mencabar, angin sejuk yang menyapa di puncak, dan pemandangan luar biasa yang terbentang luas di depan mata. Semua tu bukan sekadar perjalanan, tapi kenangan yang tak ternilai. Dan aku tak sabar nak kongsi semua tu dengan korang!  Cuma, aku mungkin akan selitkan juga kenangan-kenangan kecil dalam hidup aku. Tak semestinya tentang hiking, tapi tetap bermakna dan dekat di hati. Kadang-kadang, moment paling sederhana pun boleh jadi kenangan paling indah. 🌻 Sama ada secawan kopi yang mengubat penat, perbualan spontan dengan seseorang, atau detik-detik yang buat kita senyum bila teringat. Semua tu aku nak simpan dan kongsikan di sini sebagai satu perjalanan yang penuh memori. Jom ...

Katalog Update Cerita Baru Jalur Memori | Cerita Trip Hiking & Camping

 

Santai Jap, Nak Cerita Sikit…

Assalammualaikum dan hai geng pembaca setia Jalur Memori! Korang yang follow blog ni dari zaman tulisan aku macam roller coaster font kejap besar, kejap kecil, spacing pun ikut mood mesti perasan blog ni makin kemas sikit kan? Hahaha! Bukan apa, bila makin banyak cerita, aku rasa blog ni patut ada satu tempat khas untuk korang rujuk semua update baru. 
 Jadi terhasillah halaman “Katalog Cerita Baru” ni. Setiap kali aku update trip hiking, camping, adventure ataupun cerita random yang kelakar, semuanya aku kumpulkan kat sini macam album kenangan versi Jalur Memori. So geng, enjoy vibe santai aku ni. Kalau rasa best, jangan lupa share dekat kawan-kawan hiking korang. Lagi ramai baca, lagi laju idea keluar!
Mungkin sebulan sekali korang boleh singgah page ni untuk tengok update baru. Standard aku, dalam sebulan mesti ada 1–3 cerita bergantung stok adventure. Doakan Jalur Memori makin berkembang dan aku makin rajin berkongsi cerita. lagi-lagi bab hiking & outdoor. Kalau korang ada pengalaman best, drop je kat ruangan komen. Aku suka baca cerita korang juga. Kalau penulisan aku ada lintang-pukang sikit, biasalah… BBNU masih belajar. Jumpa lagi di next story! Assalamualaikum!

Ulasan

Catatan Popular