Cari Blog Ini
Jujur aku cakap, aku bukannya seorang pendaki berpengalaman atau seorang pro dalam dunia hiking. aku pun masih baru berjinak-jinak dalam aktiviti ini. Macam korang juga! Blog ini bukan tempat untuk aku tunjuk hebat atau berlagak tahu semua benda, tapi lebih kepada satu ruang untuk aku simpan kenangan, berkongsi pengalaman, dan belajar bersama-sama dengan korang yang juga minat mendaki atau baru nak mula explore dunia outdoor.
Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bukit Batu Sawa - Destinasi kelima
Trip Padu di Bukit Batu Sawa: Misi Awan Karpet & Mandi Sungai!
Assalammualaikum guys! Kali ni aku nak share satu pengalaman mendaki yang memang power gila, Bukit Batu Sawa di Jelebu! Dengar je nama Jelebu, terus terngiang lagu Waris "Gojoloba gojelebu", kan? Betul la tu, Jelebu memang kat Negeri Sembilan. So, destinasi trip kali ni confirm Negeri Sembilan!
Misi Awan Karpet: Bangun Awal Itu Satu Keajaiban
Trip ni berlaku lebih kurang 3 Jun 2024 (kalau tak silap la, sebab memori aku ni kadang-kadang loading lama). Yang penting, ni antara aktiviti yang sempat kami buat bersama lepas masing-masing dah grad dan mulakan hala tuju sendiri. Yelah, zaman rumah sewa dah tamat, tapi brotherhood tetap ON! Kali ni, ada dua orang member baru join, kawan sekolah sahabat aku dari Meru. Lagi best, salah seorang tu photographer. Pilihan bijak! Hahaha.Disebabkan kami aim nak kejar view awan karpet yang viral di TikTok, kami bertolak seawal 4:40 pagi. Aktiviti hiking ni memang secara tak langsung melatih kita untuk lebih peka dengan masa dan berdisiplin dalam setiap perkara yang kita buat. Bayangkan, kami berjaya bangun seawal 4:40 pagi untuk bertolak. Satu pencapaian luar biasa bagi geng yang biasanya liat nak bangun pagi! Hahaha. Biasanya, kalau hari biasa, bukan main menggeliat lagi. Tapi bila ada misi mendaki, automatik disiplin waktu tu datang sendiri.
Sebab tu aku suka hiking! Bukan sekadar aktiviti fizikal, tapi juga satu latihan untuk lebih menghargai waktu. Malah, aku rasa banyak lagi aktiviti lain yang boleh membantu kita bangun awal dan mulakan hari dengan lebih produktif. Tapi hiking ni memang salah satu cara terbaik untuk latih diri supaya lebih sharp dengan masa.
Okay, sambung balik cerita. Kami sampai di Negeri Sembilan betul-betul waktu azan Subuh berkumandang, perfect timing! Lepas settle solat Subuh, kami sempat singgah tepi jalan tapau nasi lemak sebagai bekal tenaga. Yelah, dengar cerita trek Bukit Batu Sawa ni boleh tahan mencabar, jadi kena isi perut dulu. Mendaki dengan perut kosong? Tak pasal-pasal pancit separuh jalan!
Lepas semua dah ready, kami terus gerak ke destinasi utama iaitu Bukit Batu Sawa!
Pendakian: Tak Sampai Puncak Pun Dah View Gila Lawa!
Sampai je kat tempat permulaan, biasanya kena bayar tiket, tapi sebab kami sampai awal pagi sangat, kaunter masih tutup. Kami pun teruskan pendakian tanpa fikir panjang. Niat nak bayar masa turun nanti (bukan niat nak curi masuk, ya!).
Yang paling best, belum sampai puncak pun dah dapat view yang padu! Kabus tebal, suasana hijau, memang syahdu. Ada satu tempat dalam trek tu, feel dia lebih kurang macam Bukit Cherakah. Serius, lawa gila! Kami pun apa lagi, ambil peluang bergambar banyak-banyak. Perjalanan naik lebih kurang 45 minit ke sejam.
Misi Harini: "Penat Mendaki, Puas Menikmati!"
WOW! Serius, itu reaction pertama aku bila sampai puncak. Speechless! Aku tak sangka akhirnya dapat tengok awan karpet depan mata sendiri. Bukan dalam gambar, bukan dalam TikTok, tapi LIVE depan mata! Terdiam sekejap, cuba hadam keindahan yang terbentang luas.
Tapi tak boleh lama-lama terkesima sebab makin ramai orang sampai. Nasib baik kami gerak awal, dapat conquer port best dulu. Masa mula-mula sampai, suasana masih tenang, jadi puaslah kami bergambar sakan. Bila tengok hasil gambar, terus lupa muka barai masa mendaki tadi. Auto glowing sebab view lawa gila!
Serius, aku tak sangka tempat macam ni ada kat Malaysia. Dulu ingat nak tengok awan karpet kena fly overseas, rupanya kat Negeri Sembilan pun boleh dapat pengalaman yang sama. Misi kami kali ni memang berjaya!
Aku boleh cerita panjang lebar pasal keindahan ni, tapi tak sama dengan pengalaman tengok sendiri. So, kalau ada peluang, korang kena try sendiri. Trust me, lagi vibe!
Misi Mandi Sungai: Takkan Nak Balik Awal, Kan?
Masa kami nak turun, barulah nampak ramai orang mula mendaki. Memang betul keputusan gerak awal pagi tu berbaloi! Dapat enjoy view dengan tenang sebelum tempat tu jadi lautan manusia. untuk pengetahuan kami bayar ya! Bayaran kemasukan ke bukit ni.Tapi cerita tak habis dekat situ. Lepas turun, kami singgah ngopi di satu warung. Nama warung tu aku lupa, tapi owner dia? Sporting habis! Borak punya borak, tiba-tiba dapat info menarik. Rupanya ada satu lagi tempat mendaki yang lebih mencabar, Gunung Besar Hantu. Dengar nama pun dah seram, tapi katanya trek dia hardcore habis. Sampai ada yang siap berkhemah dekat atas. Nanti boleh masuk bucket list!
Lepas rehat sekejap, timbul idea "Eh, kalau balik terus, rasa awal sangat la!" Salah seorang kawan pun terus bagi cadangan, "Jom mandi sungai!" Apa lagi, terus setuju! Kami pun gerak ke Kg. Kolam Air, lebih kurang setengah jam perjalanan dari Bukit Batu Sawa.
Sampai je, fuhhh, air dia sejuk menggigil! Memang padu untuk hilangkan letih lepas mendaki. Kawasan sungai tu luas, tapi airnya cetek je! paras lutut lebih kurang. Jadi kalau ada yang plan nak buat aksi terjun bebas, lupakan je niat tu. Tak pasal-pasal ada yang patah pinggang nanti! Hahaha.
Akhir Kalam: Trip Berjaya, Memori Terpahat!
Trip kali ni memang puas hati habis! Dapat tengok awan karpet, dapat healing dengan member, dan last sekali layan air sungai. Satu pengalaman yang aku confirm akan repeat lagi. Sebab tu aku tulis dalam Jalur Memori ni, supaya aku tak lupa moment best ni.Untuk korang yang gilakan adventure dan hiking, aku harap korang pun dapat bina memori gempak dengan geng masing-masing. Sebab serius, benda macam ni yang buat hidup lagi best!
Kalau korang ada pengalaman mendaki yang rare, kelakar, atau penuh cabaran, jangan segan-segan share dalam komen! Aku memang suka dengar cerita orang lain, mana tahu boleh dapat idea untuk next trip pulak, kan?
Tapi kalau korang nak minta tip hardcore atau nasihat pro, err… aku bukanlah orangnya. Hahaha! Aku pun masih belajar, cuma apa yang aku boleh kongsikan, aku akan share dengan ikhlas.
So, yeah! Jumpa di next trip, geng! Jangan lupa drop cerita korang kat sini. Assalammualaikum & keep exploring!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kisah Di Balik Langkah: Aku Simpan Dalam Diri
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bukan Hiking, Tapi Healing
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain






Ulasan
Catat Ulasan