Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Selamat Datang ke Jalur Memori – Blog Hiking & Adventure!".

  Assalamualaikum dan hai semua! Selamat datang ke Jalur Memori ! πŸŽ‰✨ Hari ni, Jumaat yang penuh barakah, 28 Februari 2025, merupakan titik permulaan blog ini. Tempat di mana aku akan berkongsi pengalaman mendaki dan meneroka keindahan alam semula jadi! 🌿.  Bayangkan setiap langkah di denai yang mencabar, angin sejuk yang menyapa di puncak, dan pemandangan luar biasa yang terbentang luas di depan mata. Semua tu bukan sekadar perjalanan, tapi kenangan yang tak ternilai. Dan aku tak sabar nak kongsi semua tu dengan korang!  Cuma, aku mungkin akan selitkan juga kenangan-kenangan kecil dalam hidup aku. Tak semestinya tentang hiking, tapi tetap bermakna dan dekat di hati. Kadang-kadang, moment paling sederhana pun boleh jadi kenangan paling indah. 🌻 Sama ada secawan kopi yang mengubat penat, perbualan spontan dengan seseorang, atau detik-detik yang buat kita senyum bila teringat. Semua tu aku nak simpan dan kongsikan di sini sebagai satu perjalanan yang penuh memori. Jom ...

Healing Trip Pertama Kami di Sungai Lopo Village – Satu Kelas, Satu Memori

Pergi ke hutan menanam ketum, Assalamualaikum!

Pantun ni bukan sekadar pantun biasa. Tapi pantun ni la yang jadi detik permulaan moment healing kami satu kelas, satu trip, satu kenangan! Masih segar dalam ingatan, waktu tu kami baru plan nak buat aktiviti santai sebelum aku sendiri mula berjinak-jinak dengan dunia hiking. Dan ya, boleh dikatakan ini antara aktiviti rasmi pertama yang kami join ramai-ramai sebagai satu kelas. Bukan 8 orang. Bukan 10 orang. Tapi hampir 30 orang weh!

Korang boleh imagine tak betapa havoc dan gempaknya trip ni?

Destinasi: Sungai Lopo, Bro!

Trip ni sebenarnya boleh masuk dalam kategori ‘random but well executed’. Aku pun dah tak ingat macam mana boleh terdetik nak buat trip ni. Tapi yang penting, bila cerita ni dah tercatat dalam blog ni, maka ia betul-betul terjadi. Dan jadi kenangan manis untuk dikenang sampai bila-bila.

Destinasi pertama pilihan kami? Sungai Lopo Village, yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Kalau korang biasa dengan tempat ni, memang tahu betapa cantiknya suasana dekat situ. Lokasinya yang tak terlalu jauh dari bandar menjadikan ia port popular untuk yang nak berkelah, mandi sungai, dan healing dengan bunyi deruan air. Sungai Lopo Village ni ada sediakan beberapa kemudahan termasuk pondok-pondok kayu yang disediakan untuk sewa, parking berbayar, dan ruang BBQ yang memang ngam untuk gathering macam kami ni.

Perjalanan Bermula…

Perancangan trip ni bermula pada tarikh keramat 1 Februari 2023, dan Alhamdulillah berjaya dilaksanakan pada 8 Februari 2023. Jujur aku cakap, memang trip ni sangat menyeronokkan. Mana taknya, satu kelas join sekali. Memang tak tipu kalau aku kata, ini antara momen paling teruja sepanjang zaman universiti. Malam sebelum bertolak, suasana dalam group memang dah macam pasar malam. Mungkin ada yang sibuk packing, ada yang tanya pasal makanan, ada juga yang sibuk bincang pasal bakar-bakar esok. bawa bantal ke tak, air cukup ke, speaker siapa bawa. Pendek kata, malam tu takde siapa betul-betul tidur lena.

Pagi Tapi Tak Pagi Sangat

Pagi tu kami semua berkumpul di depan Stadium Shah Alam. Tak ingat jam berapa tepat, tapi yang pasti awal pagi la. Lima kereta digunakan untuk gerak ke Hulu Langat. Ikut plan asal, tayar bergolek jam 8:30 pagi. Tapi biasalah, bila plan beramai-ramai, tak sah kalau tak disidai. Jadi kami akhirnya bertolak dalam lingkungan jam 9:20 pagi juga lah. Sepanjang perjalanan, macam-macam jadi. Ada kereta yang dah sampai awal, ada yang masih terkial-kial dalam perjalanan. Yang paling kelakar, konvoi konon, tapi ada yang pecut entah ke mana, ada pula yang try hard follow si laju tu sampai hampir tersesat. Hahahah!

Dalam Perjalanan, Ada Juga Drama

Tiba-tiba, satu kereta kawan kami rosak masa tengah on the way. Waktu tu memang panik la sikit. Tapi nasib baik ada yang sudi bagi tumpang dan bantu mereka sampai ke Sungai Lopo. Mujur juga trip ni tak jauh. Kalau tak, jenuh nak cari plan B. Bila semua dah sampai, barulah rasa lega.

Bakar-Bakar, Mandi-Manda & Jemaah

Untuk bayaran masuk, masa tu kami kena bayar untuk parking dan pondok yang kami sewa. Kalau tak silap, Sungai Lopo Village ni ada lebih dari 10 pondok yang boleh disewa dengan harga berbeza ikut saiz dan kemudahan. Tapi sebab kami bajet ciput, kami ambil satu pondok je. Tapi rezeki kami murah, sebab hari tu hari bekerja, memang tak ramai orang pun. So kami pun conquer beberapa pondok lain secara 'pinjam sementara'. Nak buat teduhan saja, bukan kami cop untuk sewa pun. Huhu.

Kami pun terus mulakan aktiviti. Ada yang terus setting untuk BBQ, ada yang dah tukar baju siap nak terjun sungai, dan ada juga yang tak tahu nak buat apa, tapi pura-pura sibuk. Biasalah tu, janji semua nampak macam function. Hahaha! Aktiviti berjalan dengan sangat smooth. Makan ramai-ramai, bakar-bakar ayam dan sosej, ada yang tukang kipas, ada yang tukang rasa, semua bagi kerjasama. Air sungai pulak memang sejuk dia lain macam. Walaupun dah tengah hari, masih terasa sejuknya. Yang bestnya, kami pun sempat solat berjemaah kat situ. Satu pengalaman yang rare bila dapat gabungkan alam semula jadi dan tunaikan kewajipan.

Balik Pun Ada Ceritanya..

Sampai masa nak pulang, semua muka dah barai habis. Rambut kusut, baju basah, muka merah sebab berendam terlalu lama. Tapi sebelum boleh balik, ada satu cabaran terakhir. Masalah kekurangan kereta. Satu kereta masih rosak, dan member yang naik tu cuma menumpang. Jadi, kami cuba cari jalan macam mana nak selesaikan isu ni. Nasib baik ada kawan yang kenal orang area situ. Maka misi menyelamat pun dijalankan. Geng-geng lelaki pun jadi mangsa. Eh bukan mangsa la, hero sebenarnya. Kami dahulukan perempuan untuk balik dulu, dan beberapa geng-geng lelaki tunggu giliran untuk dijemput. Alhamdulillah, akhirnya semua selamat sampai ke rumah masing-masing sebelum tengah malam.

Memori yang Tak Akan Hilang

Kalau difikir balik, macam tak percaya dah dua tahun berlalu. Tapi setiap detik dalam trip ni masih segar dalam ingatan. Memang banyak kenangan yang tercipta dari plan last minute, kereta rosak, sampai mandi sungai dan makan ramai-ramai. Masing-masing rasa tenang dapat lari dari tekanan study sekejap. Aku yakin semua yang join pun rasa benda yang sama.

Akhir kata, terima kasih kalau korang baca sampai habis. Sungai Lopo bukan sekadar lokasi, tapi satu memori dalam hidup aku yang aku simpan kemas dalam jalur memori ni. Jadi, kalau korang pernah ke sini, atau ada pengalaman best sendiri, kongsikan lah. Mana tahu, cerita korang boleh jadi inspirasi untuk trip seterusnya. Memandangkan permulaan trip ni kita buka dengan pantun. Jadi, aku pon nak tutup trip ni dengan pantun juga!

Naik ke bukit nampak si rusa, 
Turun ke sungai bawa perahu. 
Kalau memori ni buat korang tersenyum semula,
Jangan lupa share cerita ni pada yang rindu.





Ulasan

Catatan Popular