Cari Blog Ini
Jujur aku cakap, aku bukannya seorang pendaki berpengalaman atau seorang pro dalam dunia hiking. aku pun masih baru berjinak-jinak dalam aktiviti ini. Macam korang juga! Blog ini bukan tempat untuk aku tunjuk hebat atau berlagak tahu semua benda, tapi lebih kepada satu ruang untuk aku simpan kenangan, berkongsi pengalaman, dan belajar bersama-sama dengan korang yang juga minat mendaki atau baru nak mula explore dunia outdoor.
Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Sungai Misteri Lata Medang 1.0 - Destinasi kelapan
Bila Keyakinan Bawa ke Jalan Tak Bernama
Assalamualaikum dan hai semua! Kali ni aku nak kongsi balik cerita trip Lata Medang 1.0 tapi versi yang betul, bukan versi ‘tersasar ke Lubuk Mecu’ yang aku tulis sebelum ni. Hahaha! Ya, aku mengaku, info dalam entri sebelum ni tak tepat. Jadi kali ni, aku cerita balik apa yang sebenarnya berlaku dengan jujur dan penuh keinsafan haha!
Trip ni bukan pasal sampai mana, tapi pasal apa yang jadi masa nak sampai tu.
Macam mana Boleh Tersasar? Ini ceritanya..
Pagi tu, kami berkumpul, breakfast, dan time tu laaa baru discuss nak ke mana. Random, kan? Hahaha! Lata Medang terus jadi pilihan walaupun tak buat research betul-betul. TikTok je jadi rujukan. Dengan harapan “alaaa trek dia chill je kot…”
Kami gerak dari rumah, ambil masa lebih kurang 2 jam lebih nak sampai ke kawasan parking. Sampai je, kami bersiap, buat regangan ringan dan baca doa. ini perkara wajib kena buat geng! Tak kira kat mana, sentiasa mulakan dengan doa.
Perjalanan mula pada jam 11:30 pagi. Nasib baik kawasan hutan, tak la kena panas direct sangat. Pace kami biasa-biasa je sebab ada antara kami yang first time join pendakian macam ni. So kita ikut tempo masing-masing lah.
“Tengok TikTok semalam, terus rasa yakin jadi jurupandu.”
Sampai trailhead, semangat masih membuak. Langkah pun steady, mulut tak henti borak. Tapi makin naik, makin pelik. Laluan sunyi, takde bunyi air, tak macam video. Tapi hati masih rasa “alah, sikit lagi ni.”
Apps AllTrails kami buka, tapi macam tak berfungsi sangat. Video TikTok jadi rujukan utama. Tak cukup signal, tapi tetap confident. Macam main game dalam mode survival. Tapi dalam dunia sebenar, takde ‘respawn’.
Jumpa sungai. Tapi… ni ke Lata Medang?”
Selepas hampir satu jam lebih hiking, akhirnya kami sampai ke satu kawasan yang ada sungai. Airnya sejuk, jernih dan ada vibe macam duduk kat homestay tepi sungai dalam hutan. Kalau korang nak tenangkan fikiran, memang sesuai sangat. Tapi dalam tenang-tenang tu, tetap ada cabaran.
Antaranya? Batu besar, permukaan licin, dan… PACAT. Tak banyak sangat, tapi cukup buat kau melompat sikit kalau tak bersedia. Semua dari kami “disapa mesra” oleh pacat. Nasib baik tak sebesar jari. Kalau tak, aku pengsan dulu.
Dengan semangat yang dah separuh tinggal dan kaki yang dah separuh letih, kami pun buat keputusan untuk berhenti di kawasan itu. Epul terus cari port untuk masak maggi, aku pula pegang phone nak rakam moment. Apa yang paling menarik bagi aku secara peribadi, ini kali pertama aku solat dalam hutan semasa hiking. Perjalanan jauh sangat, nak tunggu sampai bawah baru solat memang tak sempat.
Tapi dalam kepala kami... macam ada something off. Tempat ni macam tak sama macam dalam TikTok. Tapi sebab air dia best, kami buat tak tahu je. Dah sampai sungai, nikmati je lah. Tapi siapa sangka, tempat ni sebenarnya bukan Lata Medang. Dan lebih lawak, bukan Lubuk Mecu pun.
“Baru sedar kami sesat… masa tulis Lata Medang 2.0.”
Fast forward ke bulan berikutnya, masa aku tulis cerita Lata Medang 2.0. Masa tu aku tengok balik peta dan banding video. Baru aku sedar Lubuk Mecu tu dekat je dengan Lata Medang, 15 minit je ke depan. Maknanya… tempat yang kami sampai dulu tu langsung takde kaitan dengan Lubuk Mecu pun! Arghhh! Dua orang kawan aku yang join pun cakap benda sama.
“Bro, tempat hari tu kita pergi… kita pun tak tahu mana.”
Haaa sudah. Aku yang dulu confident tulis "kami sampai Lubuk Mecu" dalam blog… rupanya hanyalah confident kosong. Hahaha! So aku nak ambil peluang ni untuk minta maaf kepada semua yang baca entri lama tu. Memang info tu silap. Kami memang betul-betul tersesat hari tu. Tapi Alhamdulillah, kami masih jumpa jalan pulang. Kalau tak, cerita ni lain agaknya.
“Syukur tak teruskan, kalau tak mungkin cerita jadi gelap.”
Lepas dah puas lepak kat sungai misteri tu, kami bincang nak terus ke depan atau patah balik? Masing-masing mula rasa tak sedap hati. Hari Pula dah nak masuk waktu asar, langit pun macam nak hujan.
So kami buat keputusan paling bijak hari tu: patah balik. Taknak ambil risiko. Signal takde, AllTrails tak update, dan takde orang lain lalu. Mujur semua masih ingat jalan asal. Kalau kami push lagi, mungkin cerita malam tu jadi ‘overnight in the wild’ tanpa persediaan.
Waktu nak balik, kami disapa oleh seorang pakcik yang jaga kawasan tu (bisu orangnya). Tapi dengan gaya tangan dia, kami faham dia nak tunjukkan jalan keluar. Sebenarnya kami dah tahu laluan balik, tapi mungkin sebab hari dah petang, dia risaukan keselamatan kami. Kami pun ikut je lah sampai ke bawah.
“Apa yang trip ni ajar?”
“Pesanan untuk pendaki baru (newbie hikers)”
- Jangan percaya video yang kau tengok 100%. Rajin-rajin baca review sekali.
- Download offline map siap-siap. AllTrails bagus tapi jangan bergantung sangat.
- Bawa makanan & air lebih dari cukup.
- Jangan hiking sorang-sorang. Selalu pastikan ada geng.
- Rancang waktu naik dan turun supaya tak gelap dalam hutan
- Dan paling penting! Kalau lost atau ragu-ragu, better stop and re-check daripada teruskan jalan yang salah.
Akhir Kalam..
Trip kali ni mungkin tak sampai ke destinasi asal (Lata Medang), tapi kami sampai satu tempat yang penuh cerita. Tempat yang kami pun tak tahu nama, tapi akan sentiasa jadi “sungai misteri Lata Medang 1.0” dalam kenangan kami. Apa pun, lepas ni Lata Medang memang akan aku repeat. Tapi kali ni dengan persediaan padu!
Kalau kau pernah tersesat macam kami, atau pernah hiking tanpa sampai ke destinasi, share lah jugak cerita korang. Mana tahu cerita korang boleh jadi pengajaran untuk geng-geng kita yang lain.
trip random ni boleh kata agak bahaya dan boleh jadi paling best, bergantung keadaan.
Jumpa lagi di cerita akan datang. Stay safe, stay adventurous. Assalamualaikum!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kisah Di Balik Langkah: Aku Simpan Dalam Diri
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bukan Hiking, Tapi Healing
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Ulasan
Catat Ulasan