Cari Blog Ini
Jujur aku cakap, aku bukannya seorang pendaki berpengalaman atau seorang pro dalam dunia hiking. aku pun masih baru berjinak-jinak dalam aktiviti ini. Macam korang juga! Blog ini bukan tempat untuk aku tunjuk hebat atau berlagak tahu semua benda, tapi lebih kepada satu ruang untuk aku simpan kenangan, berkongsi pengalaman, dan belajar bersama-sama dengan korang yang juga minat mendaki atau baru nak mula explore dunia outdoor.
Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Wawasan Waterfall - Destinasi Kesebelas
WAWASAN WATERFALL – Trip Random Weekdays Bertiga
Bismillah, kita mulakan satu lagi catatan santai dari aku yang masih belajar dalam dunia hiking & nature. Jangan expect aku ni pro, aku pun baru berjinak-jinak macam korang. Tapi tak apa, inilah cerita dan memori yang kita kumpul sama-sama.
Sedikit Latar Belakang: Apa Benda Wawasan Waterfall Ni?
Air Terjun Wawasan atau lebih famous dipanggil Wawasan Waterfall Puchong terletak dalam kawasan Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Kawasan ni bukan kawasan riadah rasmi, tapi ramai hikers masuk ikut laluan komuniti. Asalnya, hutan ni dijadikan kawasan penyelidikan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), sebab tu kawasan sungai yang link dengan UPM memang kawasan larangan untuk keselamatan dan pemeliharaan ekosistem.
Sebab tu juga ada sungai yang dikenali sebagai Sungai UPM yang terkenal dengan kecantikan sungainya, jernih, tapi tak dibenarkan masuk kerana berada dalam sempadan penyelidikan flora & fauna, dan risiko seperti tanah licin, binatang liar, atau kawasan tak stabil.
Pendek cerita, Wawasan ni legal sebagai kawasan hiking komuniti, tapi Sungai UPM yang lebih dalam tu memang restricted.
Cerita Trip – Random, Simple, dan Seronok
Macam biasa, hidup aku sebelum masuk dunia kerja ni memang penuh dengan trip random.
Suatu hari tu aku jogging dengan Icad, tetiba terkeluar idea:
“Bro, jom pergi Wawasan Waterfall.”
Lepas bincang sikit, ajak member terdekat dan dapat kata sepakat terus gerak.
Weekdays pula tu, jadi tempat memang sunyi. Yang ada hanya pakcik-pakcik Cina tengah naik turun bukit buat cardio.
Sebelum Mendaki – Isi Perut Dulu
Perjalanan dari Banting ke Puchong lebih kurang 45 minit. Sampai area situ perut dah mula bagi hint.
Kami singgah makan. Aku makan roti kosong, Zul pula bedal nasi lemak macam nak masuk pertandingan tenaga lasak.
Icad? Dia follow vibe, katanya “buat stok tenaga”.
Betul juga, asalkan jangan sakit perut tengah mendaki.
Kami singgah makan. Aku makan roti kosong, Zul pula bedal nasi lemak macam nak masuk pertandingan tenaga lasak.
Icad? Dia follow vibe, katanya “buat stok tenaga”.
Betul juga, asalkan jangan sakit perut tengah mendaki.
Permulaan Pendakian: Member ‘Pancit’, Aku Senyum
Baru naik sikit, member baru yang first time ikut aktiviti nature ni dah tewas awal.
Biasalah, trek Wawasan ni taklah hardcore, tapi ada bahagian yang memacak sampai buat lutut rasa malu sendiri. Untuk orang first time, memang boleh buat terkejut.
Tengah kami berhenti rehat, muncul dua uncle Cina.
“You all mau pergi mana?”
“Waterfall, uncle.”
Uncle terus warning:
“Sana jangan pergi, ada sungai UPM. Itu kawasan larangan.”
Kami pula…
Masa tu, tak tahu pun mana satu kawasan larangan tu.
Kami senyum, ucap terima kasih… dan teruskan perjalanan.
Ragu-ragu Follow AllTrails
Sepanjang perjalanan, kami bertiga banyak borak kosong. Kadang troll Icad yang dah semput, kadang cerita pasal hidup masing-masing. Dalam hutan yang sunyi, suara kami je kedengaran. Icad berkali-kali tanya,
“Betul ke jalan ni?”
Sebab ada laluan yang nampak macam tak digunakan orang. Aku pula cuba yakinkan diri sendiri dengan ayat:
Tapi jujur, dalam hati masing-masing memang ada ragu sikit.
Nasib baik akhirnya kami dengar bunyi air.
Dan boom… terhidang depan mata Mini Waterfall yang memang jernih gila.
Betul-betul hilang segala ragu, penat, dan risau sesat.
Serius, ini pertama kali aku jumpa air sungai sejernih tu sepanjang aku hiking.
Dan lagi best, kami bertiga je dekat situ.
Rasa macam ‘private waterfall’ untuk kami.
tanpa cakap banyak, kami bertiga terus terjun dalam sungai tu. Kami ambil gambar, rakam video, buat content sikit. Sembang macam duduk di tepi pantai, bukan dalam hutan. Moment tu memang healing habis.
Reminder untuk pembaca:
“Air terjun nampak cantik, tapi kedalaman dia tak boleh teka. Jangan overconfident, especially kalau tak pandai berenang.”
Drama Kemas Balik: Ada Orang Keluar Dari Semak?!
Hampir dua jam lepak, kami decide nak balik.
Tiba-tiba bunyi crack crack dari semak.
Keluar seorang lelaki India.
Aku ingat dia ranger nak marah kami.
Rupa-rupanya… dia pun datang mandi.
5 minit kemudian dia terjun sungai macam di rumah sendiri.
Kami borak sikit dan baru tahu dia lalu trek lain yang lebih pendek.
Tak lama lepas tu, masa kami sampai bawah…
Dia DAH sampai dulu.
Haa dari situ aku sedar! AllTrails tak selalu bagi laluan paling optimal.
Kadang-kadang penduduk tempatan lagi tahu jalan paling cepat.
Kawasan Pembersihan: Vibe Mandi Kampung
Dekat bawah (laluan mula-mula yang akan korang lalu nanti), ada satu kawasan yang disediakan tangki air untuk hikers cuci kaki, basuh muka, dan buat light mandi.
Bukan tandas awam rasmi, tapi komuniti sana jaga untuk memudahkan hikers.
Serius, vibe dia macam mandi dekat rumah kampung! sejuk, simple, menyegarkan.
Tips Untuk Newbie Hiking
1. Jangan terlalu bergantung pada AllTrails. Anggap sebagai panduan, bukan rujukan mutlak. Kalau jumpa hikers lain atau orang tempatan, tanya mereka.
2. Bawa air yang cukup walaupun hike simple. Wawasan nampak senang, tapi part memacak tu boleh buat kau haus sepantas 15 minit.
3. Pakai kasut yang mencengkam. Trek Wawasan banyak tanah merah dan boleh licin lepas hujan.
4. Jangan mandi tempat dalam kalau tak pandai berenang. Air terjun ni tidak sama macam kolam.
5. Pergi weekdays = sunyi. Kalau beginner, lagi baik pergi weekend bila ada ramai orang.
6. Bawa kawan yang biasa hiking. Kalau semua first time, risiko sesat lebih tinggi. (Trip kami ni kategori “berani sebab tak tahu”.)
Penutup Wawasan
Itu saja kisah random trip kami ke Wawasan Waterfall. Walaupun simple, tapi banyak memori:
kawan pancit, uncle warning, tersesat sikit, jumpa waterfall jernih, drama lelaki keluar semak, mandi kampung vibes…
Kadang-kadang, trip yang tak dirancang nilah yang paling melekat dalam kepala.
Sampai Jumpa di next destinasi!
Assalamualaikum dan jaga diri masa explore nature.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kisah Di Balik Langkah: Aku Simpan Dalam Diri
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bukan Hiking, Tapi Healing
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan