Cari Blog Ini
Jujur aku cakap, aku bukannya seorang pendaki berpengalaman atau seorang pro dalam dunia hiking. aku pun masih baru berjinak-jinak dalam aktiviti ini. Macam korang juga! Blog ini bukan tempat untuk aku tunjuk hebat atau berlagak tahu semua benda, tapi lebih kepada satu ruang untuk aku simpan kenangan, berkongsi pengalaman, dan belajar bersama-sama dengan korang yang juga minat mendaki atau baru nak mula explore dunia outdoor.
Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Lata Gapi dan Sungai Kedondong - Destinasi Keenam
Lata Gapi & Sungai Kedondong: Lepak, Nostalgia &
Alam
Bismillah. Kalau ikut turutan, trip ni bukanlah yang keenam. Tapi entah kenapa, aku rasa trip ni patut jadi antara yang awal aku kongsikan. Mungkin sebab vibe dia lain macam sikit, penuh dengan nostalgia dan moment yang best bersama geng sekolah menengah. Bukan geng UiTM, bukan geng kerja. Tapi kawan-kawan masa pakai baju sekolah, masa zaman selamba tak fikir dunia.
Trip ni bukan aku yang plan. Aku jenis yang go with the flow je bila ada kawan ajak. Tapi itulah, kadang-kadang trip yang kita tak rancang pun boleh jadi paling bermakna.
Awal Pagi, Hati Berkobar
Kami gerak dalam pukul 4:40 pagi. waktu orang lain
mungkin baru nak terlelap, kami dah on the way ke Serendah. Singgah kejap dekat
RnR Sungai Buloh untuk solat Subuh, lepas tu cari port breakfast.
Biasalah, trip macam ni perlukan tenaga sikit. Tapi yang
bestnya waktu sarapan tu... macam-macam cerita keluar. Ada yang sembang pasal
kerja, ada yang throwback zaman sekolah, sampai rasa macam balik tahun 2015.
Tapi lepas kenyang, kami cepat-cepat bersiap sebab tak nak hiking waktu
matahari dah Terik, tak fun bila peluh meleleh masa baru naik 10 minit.
Lata Gapi – Simplicity yang Menenangkan
Sampai Lata Gapi, suasana dia memang tenang. Tempat
dia terletak dekat serendah, Selangor. Nak ke sana tak susah sangat,
boleh masuk ikut jalan kampung, park kereta, dan jalan kaki lebih kurang 20-30
minit ikut trek hutan. Trek dia okay je, santai. Bukan jenis kena daki
bukit sampai lutut menggigil.
Sampai je ke kawasan air terjun tu, wow. Air dia
jernih, sejuk, dan bunyi dia... perghh, boleh buat orang insaf kejap. Tapi
sebab kami pergi hujung minggu, memang ramai orang. Kawasan dia tak besar
sangat, so nak mandi-manda tu rasa macam tak cukup ruang. Jadi kami decide
lepak-lepak, celup kaki, dan ambil gambar. Just nak chill dengan alam.
Plan Tukar: Off ke Sungai Kedondong!
Lepas ambil feel kat Lata Gapi, masing-masing macam tak
puas. Jadi terus sepakat, jom cari port lain untuk mandi betul-betul.
Target seterusnya: Sungai Kedondong, dekat Batang Kali. Dalam setengah
jam jugak perjalanan, tapi bila dalam kereta dengan geng yang satu kepala, setengah
jam tu rasa macam 10 minit je.
Sungai Kedondong ni memang port popular untuk berkelah.
Ramai orang, especially kalau weekend. Ada kawasan cetek untuk yang datang
dengan family, dan ada jugak port yang dalam, yang ni lebih adventure.
Kami sampai, tengok-tengok kawasan cetek semua dah full. Jadi nak tak nak, kami try kawasan yang dalam sikit. Serius, sejuk dia lain macam. Aku sendiri nyaris lemas bila silap step. Tapi nasib baik ada geng yang standby, dan dasar sungai tu still boleh jejak kalau pandai main posisi. Tapi aku nak ingatkan. Kalau korang tak biasa mandi sungai atau tak reti berenang, better main kat kawasan selamat je. Takde lifeguard kat sini, so semua atas risiko sendiri.
Tapi kalau jenis suka cabaran, dan ada skill berenang, port
ni memang padu. Ada orang siap terjun dari pokok! Gila ah, tapi respect. Aku
tengok dari tepi je. Haha!
Lunch, Recharge, Balik
Lepas semua dah puas main air, kami tukar baju dan terus
cari makan. Perut masing-masing dah main lagu keroncong. Makan sambil sembang,
sambil senyum bila fikir balik semua moment dari pagi sampai tengah hari tu.
Kadang-kadang kita tak perlu pun plan besar-besar untuk rasa
bahagia. Trip ringan, dengan orang yang kita selesa, dekat tempat yang tenang, cukup
untuk recharge diri dan buka balik lembaran memori lama.
Dan paling penting, trip macam ni buat aku sedar… alam ni
sentiasa tunggu kita datang. Kita je yang kadang tak bagi masa.
Korang Pernah Sampai
Sini?
Kalau korang pernah sampai Lata Gapi di serendah atau Sungai Kedondong di batang kali, jom share pengalaman korang kat ruangan komen. Mana tahu, cerita korang boleh inspire orang lain untuk plan trip dorang sendiri. Atau korang ada port lain yang best untuk hiking dan mandi sungai? Boleh suggest kat sini jugak. Kita tukar-tukar idea, bro! Sampai sini dulu coretan aku kali ni. InsyaAllah ada lagi cerita lain yang aku nak kongsi kat Jalur Memori. Doakan aku rajin update ๐
Jumpa di destinasi seterusnya. Assalamualaikum!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
Kisah Di Balik Langkah: Aku Simpan Dalam Diri
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bukan Hiking, Tapi Healing
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain







Ulasan
Catat Ulasan