Cari Blog Ini
Jujur aku cakap, aku bukannya seorang pendaki berpengalaman atau seorang pro dalam dunia hiking. aku pun masih baru berjinak-jinak dalam aktiviti ini. Macam korang juga! Blog ini bukan tempat untuk aku tunjuk hebat atau berlagak tahu semua benda, tapi lebih kepada satu ruang untuk aku simpan kenangan, berkongsi pengalaman, dan belajar bersama-sama dengan korang yang juga minat mendaki atau baru nak mula explore dunia outdoor.
Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Hiking Jeram Perlus: Trek Hardcore Yang Newbie Perlu Fikir Banyak Kali
Assalammualaikum dan hai buat pembaca setia Jalur Memori,
Kalini aku nak buka cerita yang bagi aku sendiri antara trip paling ekstrim pernah aku lalui bersama member-member hiking. Trip yang buat aku sendiri termenung selepas balik rumah sambil fikir…
“Macam mana kitorang boleh lepas semua benda ni?”
Trip kalini adalah perjalanan kami ke Jeram Perlus Waterfall. Tempat yang mungkin ramai tak pernah dengar, tapi bagi aku… once korang sampai sini, pengalaman dia memang susah nak dilupakan.
Buat korang yang masih newbie, aku tak galakkan sangat untuk datang sini tanpa persediaan. Trek dia panjang, mencabar, banyak cabang laluan dan terkenal dengan kawasan pacat. Tapi kalau korang memang jenis suka adventure dan nak cuba something hardcore, pastikan datang dengan orang yang berpengalaman dan jangan sesekali hiking solo.
Secara jujurnya, cerita kalini mungkin agak sedikit panjang.. Jadinya, selamat membaca guys!
Dari Sg. Lepoh Sampai Jadi Ketagih Hiking
Nak dijadikan cerita, trip ni sebenarnya berpunca daripada inspirasi trip kami sebelum ni dekat Sungai Lepoh Waterfall. buat korang yang belum baca lagi trip aku sebelum ni, korang boleh singgah baca dulu.
Okay sambung cerita. Lepas trip tu, makin ramai pula member yang berminat nak join hiking sekali.
Tambah pula si Epul ni memang jenis suka cari spot yang mencabar mental dan lutut manusia. Asalnya aku macam malas nak join sebab dah terlalu kerap hiking kebelakangan ni. Badan pun dah mula rasa penat. Tapi biasalah…
Kalau aku tak join, diorang pun macam tak jadi nak pergi. Jadi aku pun redha je lah dengan takdir kehidupan sebagai “ahli tetap hiking” tak rasmi ni.
Jam 5 Pagi, Kari Kambing & Perjalanan Ke Hulu Langat
Macam biasa, rumah Icad masih lagi jadi spot berkumpul sebelum kami bergerak secara konvoi ke Hulu Langat sekitar jam 5 pagi.
Dalam perjalanan sempat juga kami singgah solat subuh dan cari sarapan untuk alas perut sebelum mendaki.
Dan kalini bukan roti canai. Tapi kari kambing. Huhu! Memang padu weh. Belum hiking lagi dah rasa macam nak tambah nasi dua kali. Lepas kenyang, kami terus bergerak ke kawasan parking dekat perkampungan orang asli sebelum mulakan pendakian.
Dan macam biasa…
Ada “penjaga tetap” kawasan parking tu. Anjing! Aku dengan anjing ni ada hubungan diplomatik yang agak tegang. Nak salam pun tak dapat.
Awal Trek Semua Masih Jadi Hero
Awal perjalanan semuanya nampak smooth.
Masing-masing masih fresh.
Masih boleh gelak.
Masih sempat buat content.
Masih sempat menyembang.
Ada yang jalan laju macam nak pecah rekod hiking.
Ada yang steady layan view.
Ada juga yang dah mula pancit walaupun trek baru start.
Tapi masa ni, langsung tak terlintas dalam kepala yang trip ni akan bertukar jadi kisah survival.
“Bro… Aku Rasa Kita Sesat”
Sejujurnya sampai sekarang aku sendiri tak tahu dekat mana punca sebenar kami tersalah trek. Sebab masa tu semua dah mula berjalan ikut pace masing-masing:
- Ada yang laju
- Ada yang tertinggal belakang
- Ada yang sibuk rakam video cinematic
- Ada yang dah mula tarik nafas macam compressor
Lama-lama trek yang kami lalu makin pelik.
Laluan makin sempit.
Semak makin tebal.
Track makin hilang.
Dan waktu tu semua mula pandang sesama sendiri. “Bro… kita sesat bro.” Aku terus buka tracking apps dan memang sah…
Kami dah jauh terkeluar dari trek asal. Nasib baik satu benda…Walaupun salah jalan, semua salah jalan sekali. Takde yang hilang sorang-sorang.
Pacat: Makhluk Yang Paling Aku Tak Nak Jumpa
Untuk pengetahuan korang, trek Jeram Perlus Waterfall ni memang terkenal dengan kawasan pacat especially lepas hujan.
Dan ya… Kami memang kena!
Mula-mula seekor dua.
Lama-lama makin banyak.
Ada dekat kaki.
Ada dekat kasut.
Ada dekat belakang badan.
Paling rare… ada yang naik sampai leher
Aku memang paling tak boleh ngam dengan pacat sebab pernah ada pengalaman kulit jadi teruk lepas kena dulu. Jadi untuk korang yang plan datang sini, aku memang sarankan bawa:
- Pacat socks
- Spray anti serangga
- Garam
- Trekking pole
- Emergency kit
Kalau korang nak tengok gear hiking yang aku sendiri recommend untuk beginner sampai hardcore hikers, boleh singgah halaman katalog Jalur Memori. Aku dah compile ikut kategori supaya senang korang prepare sebelum hiking
AllTrails, Bismillah & Tawakal
Lepas hampir berjam sesat, aku bincang dengan Epul. Kalau terus ikut laluan tu, makin jauh kami tersasar. Jadi dengan berbekalkan:
Bismillah,
ikhtiar,
dan tawakal…
Kami decide potong semula hutan untuk cari balik trek asal. Dan sumpah… Ini antara pengalaman paling hardcore pernah aku lalui.
Takde trek.
Takde laluan.
Kena redah semak.
Kena panjat akar.
Kena hati-hati sebab tanah licin.
Nasib baik sempat check AllTrails. Kalau tak… aku sendiri tak yakin nak cari jalan keluar. Dekat situlah kami belajar satu benda penting. iaitu jangan tinggal member walaupun dia slow. Sebab dalam situasi macam ni, teamwork tu yang selamatkan semua orang.
Dan akhirnya… Alhamdulillah! Kami jumpa balik trek asal.
Jeram Perlus Waterfall, Penat Yang Sangat Berbaloi
Lepas hampir sejam lagi mendaki, akhirnya bunyi air terjun mula kedengaran. Waktu tu memang rasa lega gila. Dan akhirnya depan mata kami muncul Jeram Perlus Waterfall.
Subhanallah… Cantik gila!
Semua penat terus rasa hilang bila tengok air terjun tinggi dekat tengah hutan tu. Tanpa buang masa semua terus campak barang dan berendam.
Ada yang duduk termenung tepi batu.
Ada yang terus baring sebab terlalu penat.
Ada yang sibuk ambil gambar macam photoshoot outdoor
Memang worth it.
Bila Master Chef Hutan Mula Beraksi
Lepas lama berendam, muncul pula hero sebenar trip ni. "Master chef hutan" Epul dengan Zul (bukan aku, kembar nama je) mula memasak untuk semua orang walaupun badan masing-masing dah separuh nyawa.
Memang respect.
Moment makan dekat tengah hutan sambil layan bunyi air terjun tu… Pergh. Nikmat dia lain macam. Masa nilah semua duduk berkumpul macam lepak kedai kopi. Bezanya, view kami kalini air terjun dalam hutan
Serangga Misteri Yang Datang Lepas Makan
Kalini aku nak cerita benda yang paling mengejutkan masa dekat atas tu.
"Serangga hutan"
Aku tak pasti nama sebenar dia, tapi kemungkinan besar sejenis lebah kecil hutan atau lalat hutan bersengat. Mula-mula nampak biasa je. Lama-lama makin banyak. Macam satu kawasan tu rumah diorang
Dan paling sadis…
Aku kena sengat dekat jari. Memang pedih weh. Jadi kalau korang hiking dekat kawasan macam ni, aku sarankan sangat bawa:
- Insect repellent
- Long sleeve shirt
- Ziplock simpan makanan
- Mini flysheet
Sebab serangga hutan memang cepat datang bila ada makanan terbuka.
Reben Merah Jadi Penyelamat Nyawa
Lepas kena serang dengan serangga misteri, kami terus kemas barang dan mulakan perjalanan turun.
Dan Alhamdulillah… Kalini kami follow tanda reben merah dekat pokok. Serius aku cakap. Kalau korang hiking trail yang jarang orang masuk, tanda ribbon macam ni memang sangat membantu untuk elakkan sesat.
Dan benda paling mengejutkan… Bila ikut trek yang betul, sebenarnya tak banyak pun pacat. Rupanya kami yang terlebih adventure masuk kawasan semak masa sesat tadi.
Plot Twist Terakhir, Kasut Aku Tercabut
Perjalanan balik memang tetap memenatkan walaupun dah jumpa trek sebenar. Kaki aku dah mula terlalu penat sampai banyak kali tersadung batu. Dan akhirnya…
Tapak kasut aku tercabut.
Bukan sebelah. Dua-dua sekali. Waktu tu aku cuma mampu gelak sambil redha je lah. Memang betul-betul tinggal nyawa nak sampai parking. Bila sampai kereta, semua terus duduk diam macam baru balik perang
Ada yang termenung.
Ada yang baring.
Ada yang pandang langit sambil fikir:
“Apa sebenarnya yang kita buat harini?”
Ayam Gepuk Sebagai Penutup Penderitaan
Pendakian dah habis, cerita pun habis terus ke? Ouuhh… tidak guys.
Lepas kami bersihkan diri dekat kawasan parking tu, masing-masing memang dah nampak penat gila. Lepas siap apa yang patut, kami terus bergerak ke masjid berdekatan untuk solat Asar. Dan korang bayangkanlah… Masjid tu sebenarnya tak jauh pun. Tapi suasana dalam kereta dah macam perjalanan balik kampung.
Semua senyap.
Semua lena.
Ada yang baru duduk terus terlelap.
Ada yang kepala dah senget ke tingkap.
Ada yang masih pegang phone tapi mata dah tertutup. Hahaha!
Lepas selesai solat, sempat juga kami recharge tenaga kejap dekat masjid. Tapi tak lama sangat la. Jadi tanpa banyak bunyi, kami pun sambung perjalanan ke Ampang untuk pekena ayam gepuk.
Perghhhhh…
Waktu ni memang nikmat dia lain macam. Tak kisah la badan masih sakit ke, kaki masih lenguh ke, kasut dah hampir nazak ke… bila makanan sampai depan mata, semua terus hidup balik. Moment makan selepas hiking ni memang antara moment paling best.
Ayam gepuk malam tu memang jadi penutup paling sempurna untuk trip gila kami dekat Jeram Perlus Waterfall.
Apa Yang Jeram Perlus Ajarkan Pada Kami
Jadinya guys…
Itulah kisah perjalanan kami dekat Jeram Perlus Waterfall. Trip yang pada awalnya nampak macam “hiking biasa”, tapi akhirnya bertukar jadi antara pengalaman paling ekstrim yang pernah aku lalui bersama member-member.
Untuk aku, trip ni bukan sekadar hiking biasa. Tapi trip yang ajar:
- Jangan tinggal member
- Jangan overconfident
- Stamina kena train
- Equipment kena prepare betul-betul
- Dan teamwork tu sangat penting dalam hutan
Untuk korang yang plan nak datang ke Jeram Perlus Waterfall, aku cuma nak pesan…
Tempat ni memang cantik.
Memang puas.
Memang adventure.
Tapi jangan pandang ringan.
Kalau korang nak tengok gear hiking, survival kit, outdoor outfit dan camping essentials yang aku sendiri suggest untuk hikers beginner sampai hardcore, jangan lupa singgah halaman katalog Jalur Memori. Mana tahu ada barang yang memang korang tengah cari untuk next adventure nanti.
Dan untuk korang yang baca sampai habis… Korang memang legend. Terima kasih banyak sudi singgah di blog kecil ini. Jumpa lagi dalam cerita adventure seterusnya.
Assalammualaikum. see yah!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Catatan Popular
First time hiking Malaysia : Jom follow aku ...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bukan Hiking, Tapi Healing
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan