Cari Blog Ini
Jujur aku cakap, aku bukannya seorang pendaki berpengalaman atau seorang pro dalam dunia hiking. aku pun masih baru berjinak-jinak dalam aktiviti ini. Macam korang juga! Blog ini bukan tempat untuk aku tunjuk hebat atau berlagak tahu semua benda, tapi lebih kepada satu ruang untuk aku simpan kenangan, berkongsi pengalaman, dan belajar bersama-sama dengan korang yang juga minat mendaki atau baru nak mula explore dunia outdoor.
Yang Ditampilkan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Kisah Di Balik Langkah: Aku Simpan Dalam Diri
Langkah Demi Langkah, Cerita Pun Bermula
Kadang aku sendiri tak sangka, dari satu bukit ke satu bukit, rupanya banyak memori yang dah aku kumpul. Bukan setakat gambar cantik atau view dari puncak, tapi rasa-rasa yang susah nak cerita kalau tak lalui sendiri.
Dalam blog Jalur Memori ni, aku kongsi beberapa kisah pendakian yang betul-betul dekat dengan hati aku. Semua ni aku dah tulis dalam halaman berasingan. Kalau korang nak baca penuh, klik je nama destinasi yang korang rasa menarik.
1. “Bukit Sapu Tangan” - Langkah pertama yang bukak pintu cerita, kat sinilah semuanya bermula.
π Klik untuk baca kisah permulaan aku
2. “Kanching Waterfall” - Tangga dia buat aku questioning life choices, tapi air terjun kat atas tu… memang worth every step.
π Klik kalau korang nak rasa struggle tangga first time hiker
3. “Bukit Batu Putih” - Trip jauh dengan rakan sekelas, penat sama-sama, dan view dia... pergh, macam lukisan Tuhan.
π Klik kalau nak tahu kenapa tempat ni jadi port wajib repeat
4. “Bukit Cherakah” - Tak ramai orang tahu pasal bukit ni, tapi trek dia penuh kejutan. Tak susah sangat, tapi cukup untuk buat kita rasa hidup.
π Klik untuk tengok perubahan dia dan rasa sendiri vibe sunyinya
5. “Bukit Batu Sawa” - Target aku satu je: nak cari awan karpet. Dan bukit ni… bagi harapan tu.
π Klik kalau korang nak tahu jadi ke tak misi aku ni
6. “Lata Gapi x Sungai Kedondong” - Bukan sekadar mendaki, tapi port lepak yang bawa kitorang sampai ke air terjun
π Klik kalau nak tahu laluan mana yang paling chill tapi puas
7. “Bukit Wawasan” - Trip paling tak dirancang, semata-mata nak suprise kawan. Dan jadi antara memori paling aku sayang.
π Klik untuk tahu kenapa yang spontan tu selalunya paling best
8. “Lata Medang 1.0” - Bukan semua perjalanan berakhir kat tempat yang kita plan… tapi kadang-kadang, tempat yang tak dirancang tu lah yang paling tenang.
π Klik untuk baca kisah Lata Medang yang tak kesampaian, tapi tetap ‘healing’
9. "Bukit Berekeh & Lata Penyel" - Perjalanan paling jauh, paling penat tapi paling puas. Lagi best bila tiba-tiba geng ‘akak-akak’ ghaib entah ke mana waktu kitorang masih mendaki.”
π Klik untuk ikut perjalanan penuh drama dan kejutan ni
10. "Lata Medang 2.0" - Misi yang tertangguh akhirnya disambung semula dengan semangat baru, dan kisah baru yang tak kurang kelakarnya. Dua kali naik, dua kali rasa lain.”
π Klik untuk baca Lata Medang 2.0, kali ni sampai ke tak?
11. "Wawasan Waterfall - Bila Ikut AllTrails Pun Boleh Sesat, Tapi Jumpa Syurga Kecil"
π Klik untuk baca bagaimana ragu-ragu trek bertukar jadi momen healing.
Tunggu Geng… Belum Habis Lagi!
Setakat ni, tu je yang aku sempat karang dan post. Tapi sebenarnya, ada beberapa trip lain yang belum naik ke blog. Bukan sebab tak best, tapi sebab aku nak bagi dia ruang yang betul untuk bercerita. Jangan risau, aku akan share satu-satu nanti. Kalau korang follow blog ni, korang akan jadi antara orang terawal yang tahu bila aku post cerita baru.
Jom Share Cerita & Cadangan
Kalau korang ada tempat menarik yang korang pernah pergi, atau nak suggest tempat best untuk aku dan kawan kawan aku cuba, drop je kat ruangan komen. Mana tahu, trip aku seterusnya boleh jadi hasil cadangan korang.
Dan kalau korang suka vibe cerita santai macam ni, tunggu post akan datang. Masih banyak “jalur memori” aku yang belum aku buka lembaran ceritanya.
Sampai jumpa di laluan seterusnya.
Ulasan
Catatan Popular
Bukan Hiking, Tapi Healing
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

mantap bro
BalasPadam