Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Selamat Datang ke Jalur Memori – Blog Hiking & Adventure!".

  Assalamualaikum dan hai semua! Selamat datang ke Jalur Memori ! 🎉✨ Hari ni, Jumaat yang penuh barakah, 28 Februari 2025, merupakan titik permulaan blog ini. Tempat di mana aku akan berkongsi pengalaman mendaki dan meneroka keindahan alam semula jadi! 🌿.  Bayangkan setiap langkah di denai yang mencabar, angin sejuk yang menyapa di puncak, dan pemandangan luar biasa yang terbentang luas di depan mata. Semua tu bukan sekadar perjalanan, tapi kenangan yang tak ternilai. Dan aku tak sabar nak kongsi semua tu dengan korang!  Cuma, aku mungkin akan selitkan juga kenangan-kenangan kecil dalam hidup aku. Tak semestinya tentang hiking, tapi tetap bermakna dan dekat di hati. Kadang-kadang, moment paling sederhana pun boleh jadi kenangan paling indah. 🌻 Sama ada secawan kopi yang mengubat penat, perbualan spontan dengan seseorang, atau detik-detik yang buat kita senyum bila teringat. Semua tu aku nak simpan dan kongsikan di sini sebagai satu perjalanan yang penuh memori. Jom ...

JALUR MEMORI 2026 | Tahun Bertukar, Jalur Ini Masih Sama

 Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Okay, sebelum apa-apa… Selamat Tahun Baru aku ucapkan kepada korang semua.
Sama ada korang yang dah lama singgah di Jalur Memori, atau yang baru pertama kali sampai ke sini.  Terima kasih. Setiap bacaan itu bermakna, sebab korang sedang luangkan masa untuk mengenali dunia aku melalui tulisan.

Hari ini hari Jumaat, bersamaan 26 Rejab, dan juga merupakan Jumaat terakhir dalam bulan Rejab Salah satu bulan yang dimuliakan dalam Islam. Malam ini pula, kita akan memasuki malam Isra’ dan Mikraj, satu peristiwa besar dalam sejarah umat Islam yang mengingatkan kita tentang perjalanan Nabi Muhammad SAW yang penuh hikmah dan penguatan iman.

Isra’ adalah perjalanan Baginda dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, manakala Mikraj pula peristiwa Baginda diangkat ke langit bertemu Allah SWT. Dari peristiwa inilah lahirnya kewajipan solat lima waktu, yang menjadi asas dan penghubung utama antara hamba dan Pencipta.

Aku rasa peristiwa ini sangat dekat dengan konsep perjalanan. Bukan sekadar perjalanan fizikal, tapi perjalanan rohani. Ia mengajar kita bahawa dalam keletihan dan ujian, Allah sentiasa menyediakan jalan untuk kita kembali dan dikuatkan.

Masuk tahun 2026 ni, aku masih simpan banyak kisah pendakian dan aktiviti adventure yang belum sempat aku kongsikan. Bukan sebab aku lupa, cuma ada cerita yang aku rasa perlu ditulis dengan perlahan, supaya ia sampai dengan jujur. Apa yang aku buat mungkin nampak biasa seperti hiking, masuk hutan, penat, rehat, dan balik tapi setiap perjalanan ada cerita yang tak sempat dirakam kamera, hanya tinggal di rasa.

Aku masih belajar menulis dan memperbaiki diri. Kalau ada kekurangan, aku terbuka sangat dengan pandangan korang. Tinggalkan komen, tegur mana yang patut. Aku anggap Jalur Memori ni bukan sekadar blog aku seorang, tapi ruang untuk kita berkongsi rasa yang sama.

Oh ya, sebelum aku terlupa satu perkara.
Untuk mudahkan korang tahu sama ada aku dah update cerita terbaru atau belum, korang boleh tengok ikon api di bahagian atas blog pada ruangan “Update Baru”. Kalau api tu menyala, maksudnya aku baru je drop cerita terbaru. Kalau api tu terpadam, maknanya cerita tu mungkin dah beberapa hari berlalu. 

Bukan apa, aku tak nak korang sangka aku “scammer”. Tulis latest tapi destinasi masih yang sama. Cara ni aku rasa lebih jujur dan senang, untuk aku dan juga korang yang rajin singgah Jalur Memori.

Dalam kesempatan hari yang mulia ini, aku nak ajak diri aku sendiri dan juga korang semua untuk menambah amalan baik, walau sekecil mana pun! memperbaiki ibadah, meninggalkan perkara maksiat, dan sentiasa mengingati sejarah Islam agar kita tidak terputus daripada akar perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Dan jangan kita lupakan saudara-saudara seIslam kita yang sedang diuji, khususnya di Gaza, Palestin, dan negara-negara Islam lain yang ditindas. Moga Allah kurniakan keselamatan, ketabahan, dan keamanan buat mereka di dunia dan akhirat.

Sambil-sambil tu, aku ada sediakan satu ruang katalog kecil dalam blog ni. Isinya barang-barang yang biasa digunakan untuk hiking, travel, camping dan adventure. Aku kongsikan sebab mungkin ada yang cari, dan mungkin ada yang perlukan. Kalau sesuai, boleh tengok. Kalau tak, tak mengapa. Tak ada paksaan langsung. Ataupun, korang boleh terus tekan link ni 👉 https://trekjalurmemori.blogspot.com/p/koleksi-peralatan-hiking-camping-travel.html

Oh ya, kalau korang nak support aku lebih sikit, aku juga ada akaun TikTok Jalur Memori. Target aku nak capai 1k followers je. Kalau rajin, tekan follow. Kalau tak pun tak apa. Aku tetap hargai korang yang singgah dan membaca. Klik sini 👉 https://www.tiktok.com/@jalurmemori_?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Akhir kata, kalau korang masih tercari-cari gambaran sesuatu tempat, atau masih ragu untuk melangkah. Mungkin cerita aku boleh bantu sedikit. Aku tak janji cerita aku sempurna, tapi aku janji ia ditulis dengan jujur.

Kalau korang rasa kita berada di jalur yang sama, jangan lupa follow blog Jalur Memori ni. Kita jalan perlahan-lahan, kumpul memori satu persatu.

Jalan panjang belum kuhabiskan,
Banyak cerita belum bernama.
Setiap langkah aku simpan,
Menunggu masa untuk aku ceritakan bersama.

Assalammualaikum.
Sekali lagi, Selamat Tahun Baru dan Selamat Datang ke Jalur Memori.




Ulasan

  1. Permatang rimba bersuluh terang,
    Ranting bersilang taut pegaga;
    Dagang hamba jauh di seberang,
    Membanting tulang buat keluarga.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular