Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Selamat Datang ke Jalur Memori – Blog Hiking & Adventure!".

  Assalamualaikum dan hai semua! Selamat datang ke Jalur Memori ! πŸŽ‰✨ Hari ni, Jumaat yang penuh barakah, 28 Februari 2025, merupakan titik permulaan blog ini. Tempat di mana aku akan berkongsi pengalaman mendaki dan meneroka keindahan alam semula jadi! 🌿.  Bayangkan setiap langkah di denai yang mencabar, angin sejuk yang menyapa di puncak, dan pemandangan luar biasa yang terbentang luas di depan mata. Semua tu bukan sekadar perjalanan, tapi kenangan yang tak ternilai. Dan aku tak sabar nak kongsi semua tu dengan korang!  Cuma, aku mungkin akan selitkan juga kenangan-kenangan kecil dalam hidup aku. Tak semestinya tentang hiking, tapi tetap bermakna dan dekat di hati. Kadang-kadang, moment paling sederhana pun boleh jadi kenangan paling indah. 🌻 Sama ada secawan kopi yang mengubat penat, perbualan spontan dengan seseorang, atau detik-detik yang buat kita senyum bila teringat. Semua tu aku nak simpan dan kongsikan di sini sebagai satu perjalanan yang penuh memori. Jom ...

Penutup 2025 | Sebuah Jalur Memori yang Akan Terus Berjalan

Jalur Memori ialah sebuah blog hiking dan perkongsian perjalanan alam semula jadi di Malaysia yang ditulis secara santai, jujur, dan penuh emosi untuk mereka yang percaya setiap langkah ada cerita di sebaliknya.

Assalammualaikum dan hai rakan pembaca Jalur Memori yang dirahmati sekalian.

Setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan buat korang semua yang masih setia stay bersama Jalur Memori sehingga ke penghujung tahun ini. Sejujurnya, aku sedar blog kecil ini bukanlah blog yang sarat dengan ilmu berat atau tip teknikal yang luar biasa. Jalur Memori hanyalah ruang aku bercerita  tentang perjalanan, tentang pendakian, dan tentang pengalaman yang terasa tidak cukup jika sekadar disimpan dalam galeri telefon.

Ada rasa yang perlu diluahkan.
Ada cerita di sebalik gambar yang perlu diceritakan.
Dan ada kenangan yang sayang kalau dibiarkan sepi.

Tujuan aku menulis post kali ini hanyalah satu, "ucapan terima kasih". Terima kasih buat korang yang sudi membaca kisah ringkas aku, yang mengikuti perkembangan Jalur Memori dari awal hingga sekarang. Dan aku mohon maaf sekiranya sepanjang aku berkongsi cerita pendakian dan trip bersama rakan-rakan, ada kekurangan, kekhilafan atau gaya penceritaan yang terasa hambar. 

Kalau ada yang kurang, tegurlah aku.
Kalau ada yang boleh diperbaiki, tunjukkan aku caranya.
Supaya setiap kali korang singgah ke sini, ada vibe yang buat korang rasa selesa untuk terus membaca.

Sebenarnya, masih terlalu banyak cerita yang belum sempat aku kongsikan. Pada awalnya, aku memasang niat untuk menghabiskan semua kisah trip yang pernah aku lalui dalam tahun ini juga. Tapi apakan daya… istilah konsisten dalam kamus hidup aku masih samar-samar. Namun begitu, aku berjanji pada diri sendiri untuk cuba yang terbaik pada masa akan datang.

Yang kelakarnya, aku tak pernah sangka niat asal cuma untuk simpan gambar dengan sedikit tulisan di sebalik setiap momen, rupanya membuka ruang untuk aku bercerita dengan korang tentang aktiviti yang aku buat. Macam diari hiking versi umum. Hahaha!
Ya, bunyinya cliche… tapi jujur, di sinilah semuanya bermula.

Menutup bulan Disember ini, aku akhiri tahun dengan satu lagi pendakian terakhir bersama sebuah community team. Tujuannya satu, nak rasa pengalaman mendaki dengan kelompok yang berbeza latar belakang. Aku join pun sebab ada “someone” ajak ikut sekali. Hehe.
Cerita penuh? Tunggu ya. Aku akan kongsikan full story pendakian ini… tapi tahun depan. Hahaha! Aku jenis suka ikut susunan cerita yang dah aku rancang rapi.

Apa pun, terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepada rakan-rakan yang join trip ini, yang sama-sama mendaki, yang berkongsi penat dan tawa. Dan terima kasih juga buat korang semua, para pembaca setia Jalur Memori.

In shaa Allah, aku akan terus menambah baik blog ini supaya ia bukan sekadar tempat bercerita, tetapi ruang yang memberi rasa dan makna. Banyak lagi perancangan yang aku simpan untuk Jalur Memori. Jadi, stay tuned guys. Aku harap korang tak bosan untuk terus mengikuti perjalanan kecil ini. Jangan lupa untuk follow supaya korang tak terlepas sebarang kisah baharu. 

Untuk makluman juga, aku dah mula aktif di TikTok dan Facebook! sekadar mencari rezeki kecil melalui platform tersebut. Jika korang rasa perjalanan aku ini menarik dan berbaloi untuk dikongsikan, sokongan korang sangat aku hargai. Percayalah, setiap like, share dan bacaan itu bermakna besar buat aku.


Tiktok profile ~ https://www.tiktok.com/@jalurmemori_?_r=1&_t=ZS-92X6cGDVNot

Yang menariknya untuk post kali ini! aku membuka Jalur Memori pada hari Jumaat, Februari 2025, dan untuk penutup tahun 2025, aku juga menulis pada hari Jumaat yang penuh barakah. Ini bukanlah penamat kepada apa yang telah aku bina, tetapi permulaan kepada sebuah perjalanan baru untuk aku terus berkongsi pengalaman pendakian dan aktiviti alam semula jadi dengan vibe yang tersendiri.

Akhir kata, aku tutup kisah 2025 ini dengan sebuah pantun ringkas:

Denai sunyi jadi saksi,
Tawa dan penat bersilih ganti.
Kisah 2025 aku akhiri di sini,
2026 menanti, Jalur Memori kembali beraksi.

Jumpa lagi di kisah seterusnya.
Ini bukan noktah, tapi sambungan cerita. πŸ˜‰

— 

Jalur Memori!

Melakar cerita, menyimpan rasa.





Ulasan

Catatan Popular