Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Selamat Datang ke Jalur Memori – Blog Hiking & Adventure!".

  Assalamualaikum dan hai semua! Selamat datang ke Jalur Memori ! πŸŽ‰✨ Hari ni, Jumaat yang penuh barakah, 28 Februari 2025, merupakan titik permulaan blog ini. Tempat di mana aku akan berkongsi pengalaman mendaki dan meneroka keindahan alam semula jadi! 🌿.  Bayangkan setiap langkah di denai yang mencabar, angin sejuk yang menyapa di puncak, dan pemandangan luar biasa yang terbentang luas di depan mata. Semua tu bukan sekadar perjalanan, tapi kenangan yang tak ternilai. Dan aku tak sabar nak kongsi semua tu dengan korang!  Cuma, aku mungkin akan selitkan juga kenangan-kenangan kecil dalam hidup aku. Tak semestinya tentang hiking, tapi tetap bermakna dan dekat di hati. Kadang-kadang, moment paling sederhana pun boleh jadi kenangan paling indah. 🌻 Sama ada secawan kopi yang mengubat penat, perbualan spontan dengan seseorang, atau detik-detik yang buat kita senyum bila teringat. Semua tu aku nak simpan dan kongsikan di sini sebagai satu perjalanan yang penuh memori. Jom ...

Jejak Raya 2025 – Bila Keluarga, Kawan & Kenangan Bertemu

Raya Tahun Ni Lain Macam!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog Jalur Memori yang dirindui.
Lama rasanya tak menulis. Rindu juga nak coretkan sesuatu di sini, tapi biasalah… bila dah sibuk dengan urusan harian, memang masa tu kadang-kadang rasa terlalu cepat berlalu.

Kali ni aku nak kongsi sedikit cerita sempena Hari Raya Aidilfitri yang baru je lepas. Walaupun dah agak lewat sikit nak ucap "Selamat Hari Raya", tapi orang kata raya kan sebulan? Jadi kita sapu je la cerita ni dalam bulan Syawal ni. Hehe.

Terus terang, tahun ni memang rasa lain macam sikit raya dia. Ada rasa baru yang susah nak digambarkan. Bukan sebab baju raya baru atau kuih raya rare ke apa… tapi lebih kepada suasana dan perasaan tu sendiri.

Antara yang paling menyentuh hati aku tahun ni, bila keluarga besar kami akhirnya dapat berkumpul balik. Dah lama sangat tak bersua muka ramai-ramai macam ni. Masing-masing dah besar, dah berbeza dari dulu. Ada yang tengah rancang nak bina rumah tangga, ada yang dah kerja jauh. Rasa seronok sangat bila dapat duduk sama-sama, borak, gelak, dan share cerita lama dan baru.

Aku pun ada rasa yang sama macam mereka. Doakan la ya, In shaa Allah satu hari nanti aku pun akan sampai ke fasa tu jugak. Hehe. Ameen!

Persiapan raya pun tahun ni agak mencabar. Cuaca panas kemain, silap hari bulan boleh baring terus tak bangun! Tapi sebab semua main peranan dan kerja dibahagi elok-elok, alhamdulillah semua berjalan lancar. Penat, tapi puas hati.

Dan seperti biasa, bila raya pertama je, acara wajib mesti ada – sesi bermaafan dan photoshoot keluarga! Haa yang ni memang tak boleh tinggal. Macam-macam ragam, ada yang control macho, ada yang tak lepas dengan gaya candid dia. Tapi itulah yang buat memori raya jadi lebih hidup. Gambar tu nanti akan jadi saksi kenangan kita.

Tahun ni juga ada satu lagi perkara istimewa – family aku buat open house! Fuh, dua hari jugak la kami siapkan persiapan. Dari kemas rumah, susun meja, cari bahan, sampai la ke bab masak-memasak. Penat? Memang penat. Tapi bila tengok ramai yang datang, senyum, borak dan makan bersama… hilang semua rasa tu.

Paling tak disangka, aku ajak kawan lama dari Puncak Alam, Din, datang bantu. Sekali dia terlibat sama dalam uruskan makanan, jadi runner beli barang… memang legend betul. Terima kasih banyak Din, kalau kau baca ni – aku sangat-sangat hargai bantuan kau. Dan bukan dia je, ramai juga rakan-rakan lama dari Maahad yang datang. Terima kasih juga pada korang semua yang sudi datang walau aku masa tu agak sibuk. Korang tetap sabar tunggu dan luangkan masa bersama. Terkesan sangat hati ni weh.

Kadang-kadang bila fikir balik, apa yang buat raya ni istimewa bukanlah pada benda besar… tapi pada kenangan kecil yang kita cipta dengan orang tersayang. Yang akan kita kenang bila rindu datang menjengah.

Akhir kata, aku nak ucapkan…
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari hati yang paling dalam. Terima kasih sebab sudi singgah baca di blog Jalur Memori ni. Semoga kita semua terus diberikan kesempatan untuk merasai indahnya Syawal bersama yang tersayang.

Kuih tart dan dodol disusun rapi,
Tetamu datang bersilih ganti,
Salam dihulur tanda menghormati,
Indahnya raya penuh bererti.

Langit cerah dihias pelita,
Anak kecil berlari girang,
Raya bukan hanya cerita,
Tapi kenangan yang jadi pegangan.

Jumpa lagi dalam catatan seterusnya! Jangan lupa kongsikan blog ni dengan kawan-kawan kalau korang rasa cerita ni ada sesuatu yang boleh buat orang lain senyum 😊


Ulasan

Catatan Popular