Langkau ke kandungan utama

Yang Ditampilkan

Selamat Datang ke Jalur Memori – Blog Hiking & Adventure!".

  Assalamualaikum dan hai semua! Selamat datang ke Jalur Memori ! ๐ŸŽ‰✨ Hari ni, Jumaat yang penuh barakah, 28 Februari 2025, merupakan titik permulaan blog ini. Tempat di mana aku akan berkongsi pengalaman mendaki dan meneroka keindahan alam semula jadi! ๐ŸŒฟ.  Bayangkan setiap langkah di denai yang mencabar, angin sejuk yang menyapa di puncak, dan pemandangan luar biasa yang terbentang luas di depan mata. Semua tu bukan sekadar perjalanan, tapi kenangan yang tak ternilai. Dan aku tak sabar nak kongsi semua tu dengan korang!  Cuma, aku mungkin akan selitkan juga kenangan-kenangan kecil dalam hidup aku. Tak semestinya tentang hiking, tapi tetap bermakna dan dekat di hati. Kadang-kadang, moment paling sederhana pun boleh jadi kenangan paling indah. ๐ŸŒป Sama ada secawan kopi yang mengubat penat, perbualan spontan dengan seseorang, atau detik-detik yang buat kita senyum bila teringat. Semua tu aku nak simpan dan kongsikan di sini sebagai satu perjalanan yang penuh memori. Jom ...

Berbuka Puasa Bersama Rakan Lama – Takdir yang Menyatukan Kami Lagi

Memori Berbuka Puasa di Masjid Asy-Syakirin


Ramadan tahun ini membawa aku kembali ke satu kenangan manis, berbuka puasa bersama rakan-rakan lama. Kali terakhir kami duduk berkumpul begini? Setahun yang lalu, dalam suasana yang sama. Waktu itu, kami baru sahaja menamatkan sesi pengajian di kampus UiTM Shah Alam. Masing-masing masih dalam fasa mencari arah, membina impian, dan mempersiapkan diri untuk melangkah ke dunia sebenar.

Kini, setelah setahun berlalu, perjalanan hidup kami semakin jauh. Ada yang sudah bekerja dalam bidang perbankan, ada yang menjadi akauntan, dan ada juga yang memilih jalan sebagai pendidik, termasuk aku sendiri yang sedang dalam perjalanan ke arah itu. Setiap seorang datang dengan cerita baru, pengalaman baru, dan impian yang semakin jelas.

Malam itu, kami memilih Masjid Asy-Syakirin, belakang KLCC, sebagai tempat pertemuan. Sejujurnya, aku sendiri baru tahu ada masjid di situ. Tempatnya nyaman, dikelilingi suasana Ramadan yang begitu tenang dan penuh keberkatan. Lebih bermakna, salah seorang daripada kami yang berasal dari Johor Bahru turut hadir, merentas jarak semata-mata untuk bertemu dan menghidupkan kembali kenangan lama.


Kami duduk dalam bulatan, bertukar cerita sambil menikmati juadah berbuka. Gelak tawa masih sama, perbualan masih rancak seperti dulu, cuma kali ini topiknya berbeza. Dahulunya, kami bercerita tentang kelas dan peperiksaan, kini kisah kerja dan impian yang sedang dikejar menjadi bualan utama.

Malam itu terasa seperti satu takdir, kami dipertemukan kembali dalam suasana yang penuh makna. Walau hidup membawa kami ke haluan berbeza, persahabatan ini tetap utuh. Aku berdoa semoga hubungan ini kekal hingga ke akhirat, dan setiap daripada kami berjaya mencapai apa yang dicita-citakan.

Ini adalah memori Ramadan ke-7 tahun ini. Satu kenangan yang akan aku simpan dalam lipatan Jalur Memori. Semoga Ramadan tahun ini membawa lebih banyak keberkatan dan kebaikan dalam hidup kita semua. Aamiin.


Ulasan

  1. Mantebbb do zul, ade aku Tu. Sememangnya suasana ketika itu Indah Dan menarik

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular